Tuesday, June 7, 2011

drama pasca final exam part 3

Lu bagi la gua gambar orang putus kepala, otak terkeluar, badan terbelah dua, usus terburai. Gua selamba lagi tengok gambar-gambar tu semua. Tapi gambar-gambar tu semua tak boleh celen gambar-gambar yang kat bawah ni...










Sumpah gua tak nak jadi doktor specialist kulit. Sumpah!



xaaax

Monday, June 6, 2011

drama pasca final exam part 2

Brader yang jaga ruang exam gua tu awal-awal dah warning gua.




"Kalau lu belah dada lu keluarkan jantung untuk buat referensi, lu dah dikira menipu dalam exam cardio!"


"Eh, kenapa pulak tiba-tiba gua nak keluarkan jantung sendiri Doc?"


"Lu jangan ingat gua tak baca blog lu. Blog lu feymes kot...."


".............."



Gua tersengih sorang-sorang. Eh feymes jugak blog gua ni kan.






***




Diorang ni tak sepatutnya letak gua dalam ruang exam tu. Dah la cewek ramai yang hot-hot kat ruang tu. Kena pulak cewek duduk depan gua hot. Seolah-olah macam nak mintak "payung" sikit kat gua.


Patut la paper cardio tadi termenung kejap gua ke depan. Sampai blur gua dibuatnya.

Gademit.




xaaax

Sunday, June 5, 2011

drama pasca final exam part 1

Kepada adik-adik, kakak-kakak, mak-mak, makcik-makcik, awek-awek dan sewaktu dengannya di luar sana. Gua tau korang semua suka melihat keindahan alam di luar rumah atau erti kata lain suka merayap ke lepak-lepak ke apa. Almaklonglah kalau kat Malaysia sekarang ni tengah cuti sekolah jadi hati dah meronta-rota nak merayap.

Pastikan waktu korang keluar rumah tu bawak handbag yang saiz dia agak gedabak. Beg polkadot pun takde hal asal saiz agak bagak. Beg sekolah yang ada gambar Ben 10 pun stailo jugak. Ok tak. Kalau gua nampak dari jauh memang gua shoot kepala korang pakai sniper.

Pasaipa gua suruh hangpa semua ni bawak beg besar-besar? Pasal nanti senang la sikit korang nak standby bawak alkali 2, 3 botol. Yelah kalau ada lahabau yang simbah asid kat muka korang nanti senang la sikit korang nak neutralkan muka korang pakai alkali yang korang bekalkan dari rumah. Takde la muka korang jadi macam zombi, atlease jadi macam muka Kak Limah pun dah cukup buat muka korang femes.

Selamat mencuba!




***




Gua rasa esok waktu exam cardio gua nak belah dada keluarkan jantung gua buat panduan untuk menjawab paper cardio. Percayalah, benda ni bakal menjadi fenomena dan ikutan samdol-samdol lain yang follow jejak langkah gua.

kah kah kah



xaaax

Tuesday, May 10, 2011

perempuan

Selain dari mak, kakak dan nenek gua, inilah sejenis spesies yang boleh buat gua sampai jadi botak. Pasaipa? Lu ada otak, jangan letak kat celah-celah lutut. Fikir sendiri. Jangan ingat lu cantik lu tergedik-gedik dengan jantan miang lain lu cuba nak tergedik-gedik dengan gua lu ingat gua makan saman? Akibat lu punya perangai la ada sebahagian manusia kat dunia ni panas dengan gua semata-mata dengan cerita tak betul. Gua yang buat hal sendiri sepanjang masa ni pun kena jugak? Amboi melampau bebeno perangai lu ni. Oh ye lu kan suka mencari publisiti di kalangan jantan-jantan miang. Kalau lu tak buat macam tu, lu tak market la kan. Kalau tak, sapa yang kenal lu kan? Tahniah, lu baru je menggali lubang bontot sendiri. Eh silap, lubang kubur.


Tu pasal la gua selamba menyolokan diri dalam masa hampir sedekad ni. Kesimpulannya, spesies ni banyak bagi gua masalah. Lebih baik gua naik vespa layan lap 96 kat Ring Road di kota Medan ni.


Sekian.





xaaax

Monday, February 21, 2011

spot the different!





Gambar atas: 20/02/2010
Gambar bawah: 20/02/2011



xaaax

Wednesday, February 16, 2011

Penat

Balik je main futsal, gua bukak baju seluar semua, campak dalam bakul dan seterusnya campak sekali arung semua baju-baju kotor yang ada dalam bakul langsung ke dalam mesin basuh automatik jenama Panasonic. Shit, sabun basuh baju habis pulak. Gua fikir sejenak. OK gua dah dapat idea. Gua masuk bilik air, capai sabun mandi gua yang berjenama Dettol. Taruk sikit dalam mesin basuh yang berisi baju-baju kotor gua. Cukup bijak. Sementara tunggu baju siap basuh, gua meniarap kat depan laptop ni dengan beralaskan dua biji bantal kaler biru gelap. Sambil-sambil tu gua nyalakan sebatang Djarum Black cappucino flavour yang ada kat mulut gua. Gua tarik, hembus balik dengan bentuk O yang sangat sempurna lagi bergaya. Tiba-tiba housemate gua nak keluar nak cari makan. Dia pun tanya la gua nak kirim ke tak. Gua cakap menu macam biasa la. Member mengangguk faham. Member keluar rumah, start motor dengan hasil bunyi ala-ala ekzos paip baru lepas tebuk kasi bunyi macam Kawasaki Ninja, terus jalan menuju destinasi yang ingin dituju.


Gua termenung kejap kat depan laptop usang berwarna hitam yang banyak memberikan jasa yang tak terhingga kepada tuannya yang senantiasa intim bersamanya setiap hari-hari yang sangat memenatkan. Bila gua fikir-fikir balik pasal exam tadi, memang serupa haram. Kena pulak pasal kulit. Memang bukan feveret gua. DI sudut hati gua berbisik untuk diri sendiri yang tengah pancit baru lepas habis main futsal. Ah pedulik la. Benda dah lepas tak payah la nak fikir-fikir sangat. Bukan gua tak belajar pun. Ada rezeki, bagus la result gua. Kalau takde rezeki, sila cuba lagi. Cara senang bagi seorang insan untuk melepaskan diri dari dibelenggu hal-hal peperiksaan seperti itu.




Gedegung! Gedegang!

Shit. Potong stim betul la tikus-tikus belakang rumah gua ni. Gua baru nak bermonolog...




Ok sambung cerita. Bila fikir masalah sendiri pun kadang-kadang boleh bikin macet urat saraf kat kepala hotak gua, ini pulak kalau tiba-tiba nak selitkan hal-hal orang lain. Memang tidak syok lah kan. Buat penat sendiri je nak fikir pasal orang. Bukan gua nak jaga tepi kain orang. Tapi tulah kadang-kadang kalau takde masalah sendiri nak fikir la kita ambik bahan dari orang lain. Itu kalau diri sendiri takde masalah. Kalau ada? Boleh jadi sampai tahap mulut berbuih-biuh macam kena sawan babi. Lu bayangkan la tahap gua termenung tu macam fokus dia serupa menjadi calon SPM tahun 2007. Penangan punya termenung ni sampai boleh termenung atas vespa yang dikemudi dengan kelajuan yang cukup tidak disyorkan oleh jabatan bomba dan penyelamat. Tiba-tiba kereta depan dah berhenti. Maunya gua brake kecemasan. Lagi 3 inci anggaran secara kasar gua nak tersondol kereta. Mungkin Tuhan masih sayangkan diri gua suruh insaf banyak-banyak. Itulah masalah gua. Benda-benda yang tak sepatutnya gua fikir pun boleh selamba badak gua fikir. Kadang-kadang benda tak rumit pun gua bikin sampai jadi macam saraf otak yang berserabut. Entahlah. Gua sendiri pun kadang-kadang tak tau nak cakap apa. Cuma itulah yang selalunya terjadi pada diri gua, gua buat tak tau je. Apa nak jadi, jadi lah. Kalau benda yang best tu terjadi, mungkin tu bahagian gua kot. Kalau sebaliknya terjadi, biarlah. Seumpama kepulan-kepulan asap racun yang keluar dari mulut gua berterbangan entah ke mana. Cuma satu jelah yang gua harapkan untuk diri sendiri. Gua sendiri mengharapkan yang gua dan juga mana-mana individu yang terlibat akan bagi sedikit ruang dan masa untuk diri ini bersendirian agar gua dapat menstabilkan diri keadaan gua.





Teeeeeeet! Teeeeeet!


Eh baju dah siap cuci. Gua sidai baju la kejap. Penat rupa-rupanya menaip ni...




xaaax

Sunday, February 13, 2011

D kali D = Double D

Dua tiga menjak ni gua malas betul nak tulis blog. Bukan takde bahan tapi banyak sangat kerja gua kena buat. Taim tebel kuliah toksah cakap la. Gua rasa orang kerja tar jalan pun rilek lagi kalau nak bandingkan dengan taim tebel kuliah gua. Rabu exam apekejadah tah tiba-tiba universitas gua ni demam apa tah buat ujian awal-awal ni. Tak syok betul. Hasrat nak tengok filem satu warna pun gua fikir dua tiga kali. Lu orang semua jangan fikir bukan-bukan. Mentang-mentang gua cakap filem satu warna, masing-masing punya kepala hotak fikir cerita romen sana sini. Gua maksudkan dengan filem satu warna tu ialah The GREEN Hornet. Apa pasal gua cakap ini filem satu warna punya filem? Pasal tajuk filem tu sendiri taruk nama kaler hijau je. Takde la pulak cerita ni taruk nama kaler pelangi bak eskrim Paddle Pop rainbow. Inilah dia masyarakat zaman sekarang. Asal cerita bunyi dia lain sikit otak tu mula lah jadi kuning bak kanak-kanak kena demam kuning atau bahasa medisnya Jaundice.


Ok gua lari tajuk.


Time-time stress belajar ni terkenang pulak gua masa muda-muda dulu rajin betul pergi gig. Tiap kali pergi gig memang tak lepas lah gua beli baju-baju band terutamanya band dari luar negara yang harganya lu tak berapa minat nak dengar. Sekali borong macam kaki-kaki bundle shopping bundle kat serata JB. Yang itu gua tak berapa nak kisah. Yang gua kisah tiap kali gig mesti gua "bersenam". Tapi cara gua bersenam kat gig tu agak pelik sikit. Kaki, tangan, siku, lutut semua keluar. Kalau cakap pasal corak dia apa lu nak? Gaya terajang orang, tumbuk orang, libas helikopter, sampaikan gaya ketam baru nak belajar berjalan pun ada bai. "Meluncur" atas badan orang pun gua dah merasa. Ini baru betul darah muda. Gila babi.


Bercakap pasal gig ni gua dah lama betul tak tengok band all-time feveret gua, DiamondDress beraksi. Untuk pengetahuan semua, sebab gua main drum pun pasal band ni. Pasaipa? Drummer band ini sebenarnya abang gua sendiri. Gua layan lagu-lagu yang semestinya takde dalam senarai lagu di pusat karaoke keluarga ni pun pasal dia lah. Band ni pun berdiam seketika untuk hampir setengah dekad pasal masing-masing sibuk repair masa depan masing-masing sehinggalah tarikh keramat yang tertera kat flyer kat bawah nun. Apa-apa pun gua ucapkan selamat maju jaya lah kat korang. Gua sah-sah memang takde la kat situ nak sing along dengan korang. Asal korang main jangan terabur sudah la.









p/s: organizer gig ni pun memang kapir laknat. apekejadahnya la dia boleh buat gig time 15 februari. haaa ada apa 15 februari tu?? lu bukak la kalendar kuda sendiri. huish kapir... kapir...



xaaax

Thursday, January 20, 2011

bukan 1, tidak juga 2, malah 3, apatah lagi 4, tetapi 5...

Memandangkan gua sekarang ni tengah menganggur kat rumah gua kat Medan ni sementara nak tunggu naik kuliah, gua memang tengah bosan. Nak tulis blog pun macam takde mood je kan. Memandangkan si mariamjagakambing tag gua lagi sekali, gua pun layankan rentak hip hop dia lah. Gua pun takde la layan sangat sebenarnya benda-benda haramzaidah tag-tag ni. Tapi tag kali ni macam agak tertarik minat gua.

Macam biasa tag kali ni bukan mengenai mak cik jual ikan kat pasar apatah lagi mengenai pak cik tukang mesin rumput. Tetapi mengenai 5 perkara yang gua idam-idamkan mengalahkan perempuan tengah sarat mengandung 8 bulan suku mengidam nak makan nangka. Malangnya hal ni gua takkan dapat sampai lebam. Gua menangis sampai keluar air mata cendol pun jangan nak mimpi la kan.




#5...




...Crew Jackass...

Gua betul-betul teringin sangat nak jadi crew Jackass. Masing-masing berjiwa kental, true, gila babi, berani mati. Tapi yela diorang ni mana la pandang gua kan. Gua ni sapa la kan nak jadi crew Jackass. Mana taknya kalau sejuta orang kat dunia ni nak join krew Jackass, kalau buat odisyen konfem-konfem raking gua antara yang paling belakang sekali kan. Haih...





#4...




...Pilot kapal terbang...

Sebenarnya cita-cita gua sejak dari zaman sekolah menengah lagi gua memang nak jadi pilot. Sememangnya pilot ini merupakan satu profesi yang sangat gila cool. Satu benda yang syok mengenai pilot ni lu boleh travel satu dunia tanpa bayar tiket flight. Malah lu sendiri yang kasi terbang benda alah kapal terbang ni. Tapi apakan daya, rabun mata gua mencanak tinggi. sejak zaman kanak-kanak lagi gua dah pakai spek. Maka dengan itu, profesi pilot hanya tinggal jadi kenangan...






#3...




...vespa yang ada bazooka...

Vespa yang ada bazooka ni dah tak keluarkan dah. kalau ada pun setakat jadi bahan pameran kat muzium vespa kat Itali. Kalau gua ada satu, memang takkan berani punya motor ke kereta ke yang suka-suka diorang je nak himpit gua punya vespa semata-mata vespa gua memang stail. Yela mana taknya tak sampai setahun pun gua pakai vespa ramai betul yang iri hati tengok gua pakai vespa.






#2...




...Bill Gates...

Ok yang ini lain pulak kes dia. Kalau gua nak jadi Bill gates, takkan Bill Gates nak jadi gua pulak. Ye tak?







#1...




...Marion Counter...

Gua ingat si dia dengan tauke Naza Motor cuma gosip panas je. Jadi gua baru ingat lepas habis belajar nanti gua nak pinang dia. Tetapi sangkaan gua meleset. Hati gua betul-betul berkecai lepas tengok gambar ni...







Dengan hati yang terguris lagi luka, gua dengan dukacitanya menge-tag Fayadh, Rizqi, Amanda, O'on, Ida.



xaaax

Tuesday, January 11, 2011

Esok gua balik medan!

Off record, gua sebenarnya tak berapa syok dengan cuti semester kali ni. Macam-macam benda yang tak syok lah berlaku sepanjang gua cuti ni. Nak cerita satu-satu pun gua dah malas. Yang penting sesuatu yang lebih syok sedang menanti gua apabila gua balik ke Medan nanti. Harap-harap la plan yang gua buat selama ni menjadi dan terjadi seperti apa yang dirancang...




Insyaallah....


Insyaallah....


(lagu Maher Zain pun berkumandang)



xaaax

Tuesday, January 4, 2011

Temasek (part 1)

Gua, Tapai (bukan nama sebenar), Boy (bukan nama sebenar), dan Syakir (nama sebenar) berjalan menuju ke lif di salah satu pusat membeli belah di Orchard Road di Singapore. Kat Orchard Road ni banyak sangat mall. Nak tawaf semua mall boleh buat patah kaki. Busuk-busuk pun buku lali pun boleh lari. Gua pun tanpa berfikir panjang picit la button turun kat lif tu.

Sambil menunggu lif yang seakan-akan tahun depan baru sampai, Tapai dengan Boy berbual tah apa benda gua pun tak tau. Dua ekor ni cari barang masing-masing, last-last habuk pun tarak nak angkut bawak balik JB. Si Syakir pulak gua tengok berdiri pun macam serupa tak kena je. Kaki dah bengkang-bengkok. Berdiri pun dah macam orang baru lepas beromen dengan bini. Tiba-tiba Syakir bersuara...

"Jamu, lepak jap. Gua dah nak terkencing la pulak. Gua nak pergi toilet jap".

Gua pun selamba jela jawab "Ha yela".

Teka-teki berupa tingkah laku serta gerak-geri Syakir yang agak luar biasa sebentar tadi akhirnya terjawab. Gua pun ada rasa nak terkucil jugak. Untuk mengelakkan diri dari terkencing dalam seluar, gua pun follow jela belakang Syakir.

Masuk je toilet jamban boleh penuh pulak. Gua dengan Syakir pun ambik la port tempat kencing masing-masing. Masing-masing pulak kecing boleh lebih dari 10 saat. Memang masing-masing punya pundi kencing dah nak meletup kot. Habis je kencing, gua cuba la flush supaya di samping nak bersihkan tempat kencing tu, gua nak bersihkan alat kemaluan gua pakai air dari flush tu la. Yela kalau tak bersihkan nanti elak alat kemaluan bersemut je kan. Tiba-tiba Syakir bersuara...

"Jamu, air takde doh! Macam mana ni??"

Gua pun balas, "Eh sama la nyial. Macam mana nak cebok ni??"

Gua dah panik. Syakir lagi la, gayanya yang serupa tak kena ibarat lembu kena jentik telur.

Dah tu masing-masing tenung kat sinki. kalau sinki tu kat sebelah je takpe jugak. Ini jauh dia dah la serupa 5 batu. Nak taknak terpaksa la redah kan. Gua redah dulu pergi sinki. Syakir gerak kemudian. Tiba-tiba terdengar suara orang nak masuk toilet. Gua panik lagi. Gua pun terpusing la menghadap ke arah Syakir dengan zip seluar yang belum tutup lagi. Tiba-tiba Syakir bersuara lagi...

"Jamu gerek! Jamu gerek! hahahahaha!"





Rupa-rupanya mamat sekor ni dari awal lagi boleh punya skodeng alat kemaluan gua. Tak ke biadap tu namanya? Acik dia lah...



xaaax