Thursday, September 30, 2010

sampai bila?

Sampai bila? Entah? Tak Tau? Sebelum gua start merepek baik gua start cerita gua...


Ya gua sekarang dah kembali menjadi perokok yang tegar. Kenapa gua hisap rokok balik? Nanti gua cerita. Etiologi gua sebagai seorang perokok bermula begini. Gua start hisap rokok waktu gua kat sekolah menengah lagi. Waktu tu gua duduk hostel. Gua start hisap rokok masa form 4. Waktu tu jenis memang ikut-ikut member jela. Gua ingat lagi rokok pertama gua hisap ialah rokok Malboro. Baru-baru hisap dulu tak pandai tarik lagi, memang "tekehel" jela jantung gua tiap kali hisap. Habis spm je memang tegar gila bastet ar. Lepas tu gua ada plan nak berhenti sebelum sambung belajar kat KL. Gua berjaya berhenti dengan jayanya. Gua tak hisap rokok selama setahun lebih jugak la. Sebelum gua terbang ke Medan, gua ada frust menonggeng. Ini semua cerita cinta punya pasal la. Memang bodoh la semua tu. Setibanya gua kat Medan, waktu tu gua memang dalam keadaan frust gila. Apa gua buat? Gua dah mula hisap satu hari sebatang pau member-member yang hisap. Lama-lama tambah dua tiga batang sehari. Makin lama makin banyak. Nak mintak member pun dah mula segan. gua pun apa lagi beli la terus sekotak. Bermulanya detik itulah gua dah mula menjadi perokok tegar kat sini. Gua pun cuba jugak berhenti. Tapi berhenti kejap je. Line-line sebulan dua gua berhenti lepas tu hisap balik. Macam tu jelah gua kat sini...


Gua bukan apa, sekarang ni gua jenis yang tak boleh tahan pressure sikit. Kalau tensi je mulalah syaiton memainkan peranan. Maklumlah iman pun tak berapa nak kuat, so mudah tergoda la dengan hasutan-hasutan syaiton ni. Kena pulak rokok kat sini murah lagi la gua mencanak. Bukan gua tak tau betapa bahayanya merokok. Tapi itulah persoalannya. Sampai bila gua nak terus merokok je ni? Apakah terdapat cara yang lebih berkesan lagi untuk berhenti merokok? Adakah gua akan berhenti dalam masa terdekat? Adakah gua akan berhenti sebelum gua bertemu jodoh? Atau adakah gua akan selama-lamanya hisap rokok? Wallahualam.... Sama-samalah kita tunggu dengan tabah dan sabar ending segala ending untuk enrty kali ini...




xaaax

Sunday, September 26, 2010

bajuraya-tahapakejadahguataktau-contest

Disebabkan dah lama gua tak update blog gua ni, kena pulak gua tengah takde bahan nak tulis (disebabkan terlampau sibuk sangat ye teman-teman dengan persiapan exam yang mendatang), bukak-bukan je blog orang tengok Cut Kiki dah tag gua kat post dia pasal baju raya contest. Gua bab-bab tag ni takdelah in-to sangat. Ni pun pasal saja nak penuhkan entry blog gua. Menurut entry blog minah senget ni, gambar yang gua pakai baju raya ni mestilah disertakan butir-butir maklumat mengenai gambar tersebut seperti tempat foto di-snap, orang di sekeliling gua waktu gua amek gambar tersebut, dan juga waktu bila di-snap.






Gua pilih gambar ni pun pasal ni lah satu-satunya gambar gua pakai baju raya dari paras kepala hingga paras perut. Bawah paras perut takde. Macam biasa la sebagai orang Johor, teluk belanga menjadi pilihan gua sejak dari kecik sampai sekarang. Kena pulak tema raya kali ni kaler biru. Gua pun tak tau sebenarnya yang gua ada baju raya. Yela balik-balik je dari Medan tengok mak gua bagi baju raya. Gua pun sauk jela tanpa ragu-ragu. Kang kalau banyak bunyik mak gua pulak sauk kepala gua. Kalau bos gua pulak banyak tanya toksah cerita la. Lagi makan dalam kot...


tempat: No 3 Jalan Bakawali 33, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
siapa yang ada di sekeliling: semua ada...
waktu: raya pertama la choi... raya kedua dan seterusnya gua sarung t-shirt band je



Dah habis tu, kena tag sapa-sapa la pulak yang ada blog. Dan macam biasa la gua pun akan tag insan-insan yang peratusannya agak tinggi la yang insan-insan tersebut akan buat dek je dengan benda alah ni...


1. Jenjibam
2. Delina
3. O'on
4. Aiman


Gua sendiri boleh jamin la yang insan-insan malang yang di-tag ini tak akan layan. Kalau layan pun macam nak tak nak je. kehkehkeh



xaaax

Wednesday, September 8, 2010

Diari Ramadhan saya episod 9 (season finale)

Selamat ulang tahun yang ke-50 buat Puan hjh Junidah binti Hj Othman aka mem besar wa! Tarikh lahir mem wa memang cantik yaitu 09/09/1960. Lebih cantik lagi, esok raya pulak tu. Wa pun tak boleh nak berbual panjang. Maklumlah kena tolong kemas satu rumah. Bilik wa sendiri pun balik-balik tengok dah macam haramzaidah da kot. Pendek kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin....


xaaax

Diari Ramadhan saya episod 8

080910 atat 8 September 2010 - tarikh yang sememangnya cantik. Seumur hidup sekali je benda ni terjadi. Memang wa saja je pilih tarikh ni untuk balik Malaysia semula untuk menyambut lebaran bersama keluarga yang tercinta. Bersempena dengan tarikh yang cantik ni, wa harap segala-galanya berjalan dengan smooth dan lancar dan sewaktu dengannya lah. Dan 1 lagi, bersempena dengan tarikh yang cantik lagi molek ni, wa dah setuju 100% yang wa nak pecah dara hari ini. Kepala hotak korang semua jangan fikir ke laut. Gua belum mengongkek dengan sapa-sapa lagi. Almaklumlah masih jomblo dan available. Apa yang dimaksudkan mengenai pecah dara tu, wa dengan bangganya untuk pertama kali wa naik Malaysia Airlines untuk pulang beraya. Kena pulak kali terakhir wa naik MAS ni time wa umur 10 tahun. Sekarang wa dah 20 tahun. Selama 1 dekad wa nak tunggu untuk naik MAS. Gila tak gila kan? kena pulak wa naik MAS pada tarikh yang amat cantik, menarik dan da bommm lah!


Pendek kata, wa sangat eksaited lah dengan kepulangan satu-satunya anak hj jamil dan hjh Junidah yang menuntut ilmu di luar negeri ni. Eleh luar negeri pun sebelah pulau je kot walaupun dengan masa yang terlalu singkat. kehkehkeh...


Oh ye, flight delay la pulak. Adoyai...



xaaax

Sunday, September 5, 2010

Diari Ramadhan saya episod 7

Wa tak tau la 2,3 menjak ni, lebih-lebih lagi waktu hujung-hujung Ramadhan ni, makin mencanak pulak wa punya panas baran. Wa pun tak tau lah. Orang kata kesabaran masing-masing ada had masing-masing. Wa rasa wa pun tak terkecuali. Mungkin manusia bertopengkan syaiton ni ada hasut wa? Atau mungkin semangat syaiton dah sikit-sikit meresap dalam tubuh badan wa (memandangkan syaiton dah nak kena lepas)? Wallahualam...



xaaax

Wednesday, September 1, 2010

Diari Ramadhan saya episod 6

Wa buat masa ni dah boleh diibaratkan bagai lembu kena jentik telur...






Cepatlah sikit masukkan duit!!!


xaaax