Thursday, January 20, 2011

bukan 1, tidak juga 2, malah 3, apatah lagi 4, tetapi 5...

Memandangkan gua sekarang ni tengah menganggur kat rumah gua kat Medan ni sementara nak tunggu naik kuliah, gua memang tengah bosan. Nak tulis blog pun macam takde mood je kan. Memandangkan si mariamjagakambing tag gua lagi sekali, gua pun layankan rentak hip hop dia lah. Gua pun takde la layan sangat sebenarnya benda-benda haramzaidah tag-tag ni. Tapi tag kali ni macam agak tertarik minat gua.

Macam biasa tag kali ni bukan mengenai mak cik jual ikan kat pasar apatah lagi mengenai pak cik tukang mesin rumput. Tetapi mengenai 5 perkara yang gua idam-idamkan mengalahkan perempuan tengah sarat mengandung 8 bulan suku mengidam nak makan nangka. Malangnya hal ni gua takkan dapat sampai lebam. Gua menangis sampai keluar air mata cendol pun jangan nak mimpi la kan.




#5...




...Crew Jackass...

Gua betul-betul teringin sangat nak jadi crew Jackass. Masing-masing berjiwa kental, true, gila babi, berani mati. Tapi yela diorang ni mana la pandang gua kan. Gua ni sapa la kan nak jadi crew Jackass. Mana taknya kalau sejuta orang kat dunia ni nak join krew Jackass, kalau buat odisyen konfem-konfem raking gua antara yang paling belakang sekali kan. Haih...





#4...




...Pilot kapal terbang...

Sebenarnya cita-cita gua sejak dari zaman sekolah menengah lagi gua memang nak jadi pilot. Sememangnya pilot ini merupakan satu profesi yang sangat gila cool. Satu benda yang syok mengenai pilot ni lu boleh travel satu dunia tanpa bayar tiket flight. Malah lu sendiri yang kasi terbang benda alah kapal terbang ni. Tapi apakan daya, rabun mata gua mencanak tinggi. sejak zaman kanak-kanak lagi gua dah pakai spek. Maka dengan itu, profesi pilot hanya tinggal jadi kenangan...






#3...




...vespa yang ada bazooka...

Vespa yang ada bazooka ni dah tak keluarkan dah. kalau ada pun setakat jadi bahan pameran kat muzium vespa kat Itali. Kalau gua ada satu, memang takkan berani punya motor ke kereta ke yang suka-suka diorang je nak himpit gua punya vespa semata-mata vespa gua memang stail. Yela mana taknya tak sampai setahun pun gua pakai vespa ramai betul yang iri hati tengok gua pakai vespa.






#2...




...Bill Gates...

Ok yang ini lain pulak kes dia. Kalau gua nak jadi Bill gates, takkan Bill Gates nak jadi gua pulak. Ye tak?







#1...




...Marion Counter...

Gua ingat si dia dengan tauke Naza Motor cuma gosip panas je. Jadi gua baru ingat lepas habis belajar nanti gua nak pinang dia. Tetapi sangkaan gua meleset. Hati gua betul-betul berkecai lepas tengok gambar ni...







Dengan hati yang terguris lagi luka, gua dengan dukacitanya menge-tag Fayadh, Rizqi, Amanda, O'on, Ida.



xaaax

Tuesday, January 11, 2011

Esok gua balik medan!

Off record, gua sebenarnya tak berapa syok dengan cuti semester kali ni. Macam-macam benda yang tak syok lah berlaku sepanjang gua cuti ni. Nak cerita satu-satu pun gua dah malas. Yang penting sesuatu yang lebih syok sedang menanti gua apabila gua balik ke Medan nanti. Harap-harap la plan yang gua buat selama ni menjadi dan terjadi seperti apa yang dirancang...




Insyaallah....


Insyaallah....


(lagu Maher Zain pun berkumandang)



xaaax

Tuesday, January 4, 2011

Temasek (part 1)

Gua, Tapai (bukan nama sebenar), Boy (bukan nama sebenar), dan Syakir (nama sebenar) berjalan menuju ke lif di salah satu pusat membeli belah di Orchard Road di Singapore. Kat Orchard Road ni banyak sangat mall. Nak tawaf semua mall boleh buat patah kaki. Busuk-busuk pun buku lali pun boleh lari. Gua pun tanpa berfikir panjang picit la button turun kat lif tu.

Sambil menunggu lif yang seakan-akan tahun depan baru sampai, Tapai dengan Boy berbual tah apa benda gua pun tak tau. Dua ekor ni cari barang masing-masing, last-last habuk pun tarak nak angkut bawak balik JB. Si Syakir pulak gua tengok berdiri pun macam serupa tak kena je. Kaki dah bengkang-bengkok. Berdiri pun dah macam orang baru lepas beromen dengan bini. Tiba-tiba Syakir bersuara...

"Jamu, lepak jap. Gua dah nak terkencing la pulak. Gua nak pergi toilet jap".

Gua pun selamba jela jawab "Ha yela".

Teka-teki berupa tingkah laku serta gerak-geri Syakir yang agak luar biasa sebentar tadi akhirnya terjawab. Gua pun ada rasa nak terkucil jugak. Untuk mengelakkan diri dari terkencing dalam seluar, gua pun follow jela belakang Syakir.

Masuk je toilet jamban boleh penuh pulak. Gua dengan Syakir pun ambik la port tempat kencing masing-masing. Masing-masing pulak kecing boleh lebih dari 10 saat. Memang masing-masing punya pundi kencing dah nak meletup kot. Habis je kencing, gua cuba la flush supaya di samping nak bersihkan tempat kencing tu, gua nak bersihkan alat kemaluan gua pakai air dari flush tu la. Yela kalau tak bersihkan nanti elak alat kemaluan bersemut je kan. Tiba-tiba Syakir bersuara...

"Jamu, air takde doh! Macam mana ni??"

Gua pun balas, "Eh sama la nyial. Macam mana nak cebok ni??"

Gua dah panik. Syakir lagi la, gayanya yang serupa tak kena ibarat lembu kena jentik telur.

Dah tu masing-masing tenung kat sinki. kalau sinki tu kat sebelah je takpe jugak. Ini jauh dia dah la serupa 5 batu. Nak taknak terpaksa la redah kan. Gua redah dulu pergi sinki. Syakir gerak kemudian. Tiba-tiba terdengar suara orang nak masuk toilet. Gua panik lagi. Gua pun terpusing la menghadap ke arah Syakir dengan zip seluar yang belum tutup lagi. Tiba-tiba Syakir bersuara lagi...

"Jamu gerek! Jamu gerek! hahahahaha!"





Rupa-rupanya mamat sekor ni dari awal lagi boleh punya skodeng alat kemaluan gua. Tak ke biadap tu namanya? Acik dia lah...



xaaax