Sunday, February 21, 2010

20/02/2010


*Rupa wa pada tarikh yang tertera di atas...




xxxxxxxxxxxx




Wa tak akan mintak hadiah tak kisah la berapa ringgit sekalipun dari mak bapak wa macam budak-budak lain buat. Wa cuma mintak kebahagiaan di dunia dan akhirat je...



Pertama kali tiup lilin kek hari jadi wa, not bad best jugak ar. Yela wa mana la into sangat selebret besdey wa sendiri...



xaaax

Tuesday, February 16, 2010

pabila Puan Hjh Junidah berpesan...

"Ingat jib pesan mak... Ajib dah ada kat Indonesia, maknanya Ajib kena pandai jaga diri. Belajar rajin-rajin. Sentiasa ulangkaji. Kalau setakat ulangkaji je tak cukup. Solat tu haa, kalau boleh jangan lambat-lambat. Ajib sendiri pun tau kan apa akibat kalau lambatkan solat. Pintu rezeki tu taknak terbuka luas untuk kita. Mak pun tau pelajaran tu semakin susah, rajinkan solat sunat hajat, sunat Dhuha. Jangan kerja nak enjoy je kat sana. Sukan tu sukan jugak. Rock tu rock jugak, agama sentiasa ada dalam diri..."




"Abang baru telefon mak dengan abah. Barang-barang kamera dia, laptop dia semua hilang. Abang siap repot polis lagi. Kemudian dapat tahu la angkara semua ni daripada member dia sendiri. Abang siap cakap nak balun budak tu lagi. Mak kata tak payah la lip, bawak bersabar jela. Orang yang macam tu memang tak ada cahaya keimanan dalam diri, hati orang macam tu pun tak ada cahaya, sentiasa gelap. Orang macam tu biasa tak akan hidup senang lama punya. Setiap perbuatan yang dia buat ada balasannya yang setimpal...."




" Kalau ada orang yang tak puas hati dengan Ajib atau apa, biarkan jelah jib. Mak jaga Ajib dari kecik, mak dah masak sangat dengan perangai anak mak sendiri. Anak-anak mak semua tak akan cari pasal dengan orang, melainkan orang cari pasal dengan anak-anak mak dulu. Dan mak pun tau batas-batas kesabaran anak-anak mak sendiri. Biarkan jelah jib. Ajib layan orang macam tu pun bukan dapat apa-apa pun. Orang macam tu sememangnya kurang didikan agama atau moral dari mak bapak diorang sendiri...."





" Ok la jib, kredit mak dah nak habis ni. Kalau ada exam nanti bagitau la mak tau. Satu lagi, tolong lah Ajib, jangan hampakan harapan mak dengan abah. Mak teringin nak tengok Ajib berjaya....... ok Assalamualaikum...."




"Waalaikumsalammm...."



xxxxxxxxxxxx




Sepanjang perbualan sampai la masuk kat dialog yang kat atas tu, wa cuma salam jawab je. wa sendiri pun tak mampu nak berkata apa-apa. Mak wa memang mak yang terbaik kat dunia akhirat. Wa akan ingat apa yang dia pesan kat wa sampai wa masuk dalam lubang kubur.

Leng lui? Lantak ko la nak cakap apa. Bukan lu yang bagi nafkah kat wa. Kalau lu Islam, baik lu ingat-ingat sikit pada yang maha Esa. Takde faedahnya lu nak cari pasal dengan wa....



Ajib tak akan hampakan harapan mak dengan abah.......




xaaax

Saturday, February 13, 2010

LENG fucking LUI

Leng lui adalah satu perkataan dalam bahasa cina mandarin, yang bermaksud awek cun. Ok kenapa aku tiba-tiba nak post pasal leng lui ni? Begini ceritanya...


Adalah sekor binawe ni kan, dia post komen dia kat shoutbox blog wa. Jantina lelaki atau permpuan tu wa tak pasti la. Pasal siapa-siapa pun boleh menyamar jantina letak nama kat shoutbox tu. Nama pendek Sal, konon ingat perempuan la. Sekali nama panjang, Salihin da. Tak ke nama jantan tu?? Ahhh gi mampos la dengan semua tu. Tu semua tak penting. Yang penting sekarang ni, beruk ni tak puas hati dengan blog wa. Dia cakap wa punya post semua kat dalam blog wa semua cerita pasal wa. Tak kan la wa nak cerita pasal anjing laut kat kutub utara la pulak kan. Mangkok betul la lu ni. Dah ni blog wa, suka hati laki tiri mak bapak belah bini wa la nak cerita pasal apa pun. Karam Singh Walia pun takdelah kecoh macam lu. Disebabkan lu macam tak puas hati je dengan post-post wa sebelum ni, ni kira lu punya request la wa post kat blog wa kali ni, iaitu pasal lu sendiri....

Dan oh ye, salam jari tengah ikhlas dari saya untuk anda, LENG LUI....



xaaax