Tuesday, February 16, 2010

pabila Puan Hjh Junidah berpesan...

"Ingat jib pesan mak... Ajib dah ada kat Indonesia, maknanya Ajib kena pandai jaga diri. Belajar rajin-rajin. Sentiasa ulangkaji. Kalau setakat ulangkaji je tak cukup. Solat tu haa, kalau boleh jangan lambat-lambat. Ajib sendiri pun tau kan apa akibat kalau lambatkan solat. Pintu rezeki tu taknak terbuka luas untuk kita. Mak pun tau pelajaran tu semakin susah, rajinkan solat sunat hajat, sunat Dhuha. Jangan kerja nak enjoy je kat sana. Sukan tu sukan jugak. Rock tu rock jugak, agama sentiasa ada dalam diri..."




"Abang baru telefon mak dengan abah. Barang-barang kamera dia, laptop dia semua hilang. Abang siap repot polis lagi. Kemudian dapat tahu la angkara semua ni daripada member dia sendiri. Abang siap cakap nak balun budak tu lagi. Mak kata tak payah la lip, bawak bersabar jela. Orang yang macam tu memang tak ada cahaya keimanan dalam diri, hati orang macam tu pun tak ada cahaya, sentiasa gelap. Orang macam tu biasa tak akan hidup senang lama punya. Setiap perbuatan yang dia buat ada balasannya yang setimpal...."




" Kalau ada orang yang tak puas hati dengan Ajib atau apa, biarkan jelah jib. Mak jaga Ajib dari kecik, mak dah masak sangat dengan perangai anak mak sendiri. Anak-anak mak semua tak akan cari pasal dengan orang, melainkan orang cari pasal dengan anak-anak mak dulu. Dan mak pun tau batas-batas kesabaran anak-anak mak sendiri. Biarkan jelah jib. Ajib layan orang macam tu pun bukan dapat apa-apa pun. Orang macam tu sememangnya kurang didikan agama atau moral dari mak bapak diorang sendiri...."





" Ok la jib, kredit mak dah nak habis ni. Kalau ada exam nanti bagitau la mak tau. Satu lagi, tolong lah Ajib, jangan hampakan harapan mak dengan abah. Mak teringin nak tengok Ajib berjaya....... ok Assalamualaikum...."




"Waalaikumsalammm...."



xxxxxxxxxxxx




Sepanjang perbualan sampai la masuk kat dialog yang kat atas tu, wa cuma salam jawab je. wa sendiri pun tak mampu nak berkata apa-apa. Mak wa memang mak yang terbaik kat dunia akhirat. Wa akan ingat apa yang dia pesan kat wa sampai wa masuk dalam lubang kubur.

Leng lui? Lantak ko la nak cakap apa. Bukan lu yang bagi nafkah kat wa. Kalau lu Islam, baik lu ingat-ingat sikit pada yang maha Esa. Takde faedahnya lu nak cari pasal dengan wa....



Ajib tak akan hampakan harapan mak dengan abah.......




xaaax

8 comments: