Tuesday, January 26, 2010

kalau dah fofuler tak boleh nak buat apa



Wa tak tau nak cakap apa lagi. Nak kata mimpi, betul-betul terjadi kat depan mata. Nak kata wa tipu, ada bukti. Ini bukan kali pertama, bahkan kali kedua terjadi kat depan mata wa sendiri. Pendek kata, wa ni dah kira tahap selebriti la. Agak-agak, populariti wa boleh cabar populariti Siti Nurhalizot tak suatu hari nanti?



xaaax

Monday, January 11, 2010

mimpi yang cambest...

Sebelum ni kalau wa bermimpi, kalau mimpi tu kat tempat gelap, maka memang gelaplah suasana atau keadaan mimpi tu. Kalau wa bermimpi kat tempat terang, maka memang teranglah suasana tersebut. Tapi kali ni mimpi wa lain macam sikit. Mimpi kali ni takde kaitan langsung dengan mimpi basah seperti apa yang orang lain sangka-sangka. Kali ni wa bermimpi kat tempat terang, tiba-tiba suasana menjadi gelap serta-merta. Wa pun bingung campur pelik campur hairan ar. Kalau campur ais banyak sikit dah jadi air batu campur. Wa dapat rasakan mimpi kali ni betul-betul real punya mimpi. Tanpa berfikir panjang, wa keluar dari mimpi wa, cuba sadarkan diri. Sangkaan wa memang tepat. Mimpi ni memang real. Kalau siang, pencahayaan bilik wa yang puncanya dari tingkap bilik wa, memang cukup untuk pinaukan mata orang yang baru bangun tidur. Tapi walaupun keadaan tersebut berlaku, penglihatan wa tetap gelap. Atlease walaupun wa punya rabun memang tinggi mencanak, wa masih boleh nampak pencahayaan terang lagi, walaupun kalau perempuan bogel depan wa pun memang wa tak nampak. Wa pun pergi la kat cermin tengok apa yang terjadi dengan mata. Sekali benda alah kat bawah ni boleh melekat pulak dekat mata wa...
















xaaax

WARGHHH!!! NGAUMMM!!!

Jika anda seorang yang bijak bestari bak Perodua Kancil, binatang apakah yang sejibik bunyinya dengan tajuk entry kali ini? Adakah:


a. babun?

b. tenggiling?

c. kuda laut?

d. singa?


Jika jawapan yang diberikan adalah A,B maupun C, maka kepala hotak seseorang yang memberikan jawapan sedemikian berkemungkinan besar mempunyai ketumbuhan tahap kronik sebesar tin sardin. Budak tadika pun tau jawapannya, iaitu D(singa).



Jadi apa kena mengena singa dengan entry kali ini? Entry kali ini wa akan cerita mengenai trip 1 hari wa ke Singapura. Yang sebetulnya wa takde plan pun nak follow budak-budak ni pergi trip ni sebab diorang bawak ke tempat-tempat yang standard budak sekolah rendah punya tempat melawat. Kena pulak rombongan dengan budak-budak UTM Skudai. Manalah wa kenal kan budak-budak sana. Kalau kenal pun berapa kerat je kot. Ini pun pasal orang luar boleh join, Apek(bukan nama sebenar),member sekolah menengah wa ajaklah tapai(bukan nama sebenar) dan mangkok ni pulak ajaklah wa. Begitulah kisahnya pada mukadimah trip ni...

Wa dan Tapai di'roger'kan oleh Apek supaya berkumpul kat UTM Skudai tepat jam 6.30 kerana dikhabarkan bas bertolak jam 6.30 am. Takut tak sempat sampai UTM tepat jam 6.30, wa pun tidur la rumah tapai pada malam sebelumnya kat Senai. Kitorang pun sampai la tepat jam 6.30 am, sampai-sampai je berapa kerat sangat ar budak-budak yang ada kat situ. Wa pun jangka takde la ramai sangat budak-budak UTM ikut. Lebih kurang 10 kemudian, sangkaan wa meleset. Sekali ramai budak-budak yg ikut serta mengalahkan UMNO buat perhimpunan kat PWTC la sial. Chicks-chicks yang hot-hot belaka pun tidak kurang ramai juga. Maka, seperti biasa aktiviti cuci mata sememangnya tak terlepaslah...






















































xaaax

Tuesday, January 5, 2010

dua ribu...err...spuloh...???

Ya kawan-kawan, dua ribu sepuluh, yang ada nombor dua kat belah kiri, kosong di bahagian kanan dan tidak lupa juga nombor kosong serta satu yang diapit baik serta kemasa oleh nombor dua dan kosong yang masing-masing di sebelah kiri dan kanan. Maka dengan itu,dalam bentuk nombor tertulislah seperti ini - 2010. Tadaaaa....semudah ABC kan kawan-kawan???


2010, satu tahun yang terciptanya sejarah dalam hidup wa. Untuk pertama kalinya malam tahun baru wa tak lepak kat rumah. Yelah kalau sambutan ala-ala countdown ni wa tak berapa into sangat ar, maklumlah jiwa hardcore dalam diri wa ni masih tak pudar. Jadi wa dah bincang la dengan teman-teman wa dan masing-masing sebulat suara bersetuju bahawa tempat terpilih sebagai tempat wa dan teman-teman yang lain untuk melepakkan diri pada malam new year ialah Restoran Singgah Selalu atau orang-orang kt JB ni menggelarnya SS. Hj Jamil aka bos wa pernah bertanya kepada wa apeke sedap sangat ke makanan kat sana tu sampai selalu sangat lepaka kat sana tak jemu-jemu. Abah dah naik jemu dah tengok tempat tu. Katanya kurang lebih begitulah. Ahhhaaaa sememangnya Hj Jamil ni takkan tau tujuan utama kitorang lepak kat situ. Apa yang yang dia tau wa ngan budak-budak lain lepak kat situ hanya sekadar ngeteh sampil bersembang ala-ala bercerita di kedai kopi bak kata Malique feat. DJ Fuzz. Jika kalian semua yang berkunjung ke Johor Bahru mahu melihat keindahan alam semulajadi, Restoran Singgah Selalu lah jawapan yang paling tepat yang anda cari-cari selama anda berada di JB. Keindahan alam yang wa maksudkan sejak dari awal lagi ialah gadis-gadis yang memiliki rupa paras yang betul-betul menjolok mata anda sendiri. Muka yang ayu, pinggang yang ramping, payu dara yang sedap mata memandang, bontot yang mantap dan puas bagi anda untuk melakukan aktiviti bitch slap, memang satu aset yang lengkap.Fuh bukan sahaja anda kenyang di perut, malah kenyang di mata juga. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air, sambil makan, cuci-cuci mata la sikit. Brrrpppp....alhamdulillah...hehehe.


Pada mulanya, ramai juga teman seperjuangan yang mahu lepak bersama. Akhirnya, insan-insan yang berjaya menghadirkan diri pada pertemuan keramat pada malam countdown itu hanyalah wa sendiri, Hj Joe dan juga Encik Sotong. Itu pun wa yang jadi driver untuk dua ekor badigol ni dengan alasan diorang - kita hidup jangan membazir kerana membazir itu amalan syaiton na'uzubillah. Ah yela la lu cakap jela malas nak driving. Yang lain? Alasan pertama yang wa dengar dari mangkok-mangkok yang tak berjaya untuk menghadirkan diri pada pertemuan malam itu ialah jalan jammed, last-last patah balik tak jadi datang. Wa ada terhidu unsur-unsur penganjingan. Tapi tak mengapa, alasan diterima. Alasan berikutnya daripada individu berikutnya ialah tengok la dulu. Wa pun tak pasti alasan yang dia bagi tu boleh dikatakan alasan ke tidak. Tapi menurut pengalaman wa la kan, kalau orang cakap "tengok la dulu" tu maknanya dia datang pada tahun hijrah yang berikutnya jela. Yang wa tak boleh handle ialah alasan ketiga oleh individu yang hampir-hampir nak join kitorang atau erti kata lain tak join la. Dia lepak dengan "bini" kat area-area situ jugak. Batang hidung pun wa tak nampak. Ah lantak ko la yang penting ko hepi.


Macam biasa orang yang selebret new year ni macam-macam jenis manusia. Ada yang selebret kat situ siap bawak satu family besar. Jadi table pun diorang banyak la kongker sampai wa pusing-pusing satu restoran cari seat punya pasal tak dapat-dapat. Silap-silap boleh buat marathon kejap pada malam new year tu. Ada yang satu group macam pussy cat dolls yang seperti biasa menjadi santapan pemandangan kitorang pada malam itu. Ada juga sekumpulan mak nyah yang masing-masing gaya mengalahkan Erra Fazira. Yang lagi buat wa tak boleh handle sewaktu diorang tengah countdown, konon masing-masing terlompat sana terlompat sini macam rancangan So you think you can dance dah. Ada jugak gaya macam nak menang piala dunia. Wa rasa group kitorang jelah yang duduk situ macam takde pape berlaku. Magic kan?


Pergi satu hal, balik lagi dua hal. Hal pertama, jalan jammed. Hal kedua, badol-badol yang menumpang kereta wa mula la menganjing wa sampai jalan dah tak jammed. Kenapa diorang menganjing wa jammed? Apa kena mengena hidup wa dengan "jammed"? Panjang ceritanya...
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman wa menyambut tahun baru yang wa kongsi kepada kalian semua...


xaaax

Monday, December 28, 2009

Hj Ardi bin Hj Husin




Lu orang agak-agak la kan,dengan muka yang macam ni,lu orang percaya tak nama depan mamat ni ada gelaran kat atas tu?Don't believe it?Believe it...

Dan satu lagi,barang siapa yang nak kena "sekolah" secara percuma,datang jelah jumpa makhluk di atas ni secara face-to-face...



xaaax

Friday, December 25, 2009

Akhirnya...

Akhirnya yang pertama...


Akhirnya update jugak blog wa yang separuh nyawa ni.Maklumlah sibuk memanjang sampai nak update blog pun malas dia macam biawak baru lepas telan anjing chihuahua.Jadi,kepada para pembaca blog ni,selamat membaca...


Komen?No komen...









xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx









Akhirnya yang kedua...



Akhirnya berakhir juga peperiksaan akhir semester 1.Dengan berakhirnya peperiksaan tersebut,berakhir jugalah semester 1 setelah penat lelah wa mentelaah buku,slide-slide yang berkaitan dengan mata pelajaran perubatan untuk semester 1.


Komen?No komen...









xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx











Ahkirnya yang ketiga...


Akhirnya,keluar jugalah results untuk semester satu pada minggu berikutnya setelah selesai peperiksaan akhir sem 1.Keputusan?Tidak seperti apa yang diharapkan...


Komen?Haaa ni dia...


Terus terang wa cakap wa memang tak puas hati 100% dengan cara diorang tanda kertas jawapan.Diorang yang tanda kertas jawapan exam ni dah la pemalas,makan gaji buta,bodoh nak mampos lagi.Apa yang wa dengar dari senior-senior yang berbicara,FK USU cuma ada 1 atau 2 je kot mesin tanda kertas jawapan.Dah tu kena pulak mesin ni agak bengong,kadang-kadang tak dapat detect jawapan kat kertas jawapan.Jadi,kalau dah tak detect jawapan kat kertas jawapan,maknanya takde jawapan la.Maknanya lagi sekali tak dapat markah la jawapan yang ditanda walaupun betul atau salah.Tambahan pulak mat-mat serta minah-minah indon yang in-charge dalam menguruskan hal-hal kertas jawapan ni pulak malas nak buat double-check jawapan kat kertas jawapan.Sekali lagi maknanya even jawapan yang lu buat betul kira salah la.
Wa buat dengan penuh konfidennya.Sekali tengok results,pukimak-pukimak tu boleh pulak bagi wa cukup-cukup makan je.Tak cukup dengan itu,diorang boleh bagi wa fail pulak.Wa pun panas ar apa lagi.Tambahan pulak ada budak satu hostel dengan wa yang sememangnya basic zero,siap skip kuliah,lab dengan tutorial pun result lebih bagus dari wa,apa cerita kan.Kena pulak,anak dekan fakulti wa yang bengap tahap cipan pun dapat result selamba badak je lagi bagus.Ini tidak adil!!!




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx










Akhirnya yang keempat...



Akhirnya pulang jugak wa ke tanah air yang tak berapa yang tercinta,Malaysia...dan dan kampung halamanku yang boleh tahan tercinta,Johor Bahru...


Komen?taktau nak cakap apa dah...




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




Pendek kata,wa dah tak sabar nak balik Medan.Duduk rumah lama-lama pun boleh jadi macam orang gila,takde apa benda nak buat.Atlease kat Medan boleh la aku study sikit-sikit untuk semester 2...demmm...




xaaax

Friday, November 27, 2009

xROJAKx

Tanggal 25 November 2009 jatuh pada hari rabu,merupakan hari hitam untuk macha-macha,nigger-nigger satu dunia.Pasal apa?Pasal diorang hitam la apa lagi.Tapi cerita nigger tu takde kaitan langsung dengan cerita yang aku nak cerita ni.cerita ni pasal member satu tutorial wa.Nama dia Fadzly AKA macha.Dia dapat gelaran macha pasal semua budak dia bantai panggil macha.Sampai yang cina-cina pun dia bantai macha apecher???Waktu tu wa dengan macha nak melintas jalan nak pergi kampus.Waktu tu wa da lintas jalan dulu.Si macha ni beli air jap.Wa baru nak reply sms kat handset,tiba-tiba wa dengar bunyi eksiden.Wa pun cepat-cepat la pusing tengok apa jadi.Rupa-rupanya eksiden antara penunggang motor dengan orang yang melintas jalan.Orang yang dibonceng kat motor tu dah terbang dari motor.Yang kena langgar tu pun terbang jugak.Sebagai orang yang paling hampir dengan kejadian,wa pun dengan rela hati hulurkan la bantuan.Sekali wa tengok member wa pulak da kena langgar.Wa pun panik la kejap.Mana taknya si macha ni wa panggil-panggil nama dia,dia boleh pulak tak nyahut.Wa dah mula cuak,takut-takut dia dah "padam" je.Kebetulan dekat situ ada teksi,wa pun panggil jela teksi tu.Pak-pak beca kat tepi jalan tu tolong la wa angkat si macha tu masuk dalam teksi.Dah sampai rumah sakit berdekatan,wa pun cuba la panggil-panggil nama dia lagi,masih lagi tak menyahut.Wa dah tak tau nak buat apa lagi.Last-last wa talipon member satu hostel dengan wa untuk tolong uruskan hal-hal hospital sementara wa teman si macha sampai la dia sedar.Dalam 10 minit lepas tu,macha ni pun dah sadar,tu pun separuh sedar jugak ar.Sadar-sadar je macha ni dah mengadu sakit kepala.Wa dah suspek macam-macam dah kat macha ni.Lepas dapat rawatan sementara dekat Rumah Sakit Siti Hajar,macha ni dibawak oleh ambulans ke hospital besar.Kena pulak 1st time wa naik ambulans,baru tau apa perasaan wa kalau naik ambulans tu.Pukimak punya laju dia bawak dah macam pelesit la sial.Sampai hospital,itu ini semua dah settle aku pun blah la dari hospital tu.Bila wa fikir-fikir balik,kalau wa nak folo dia beli air jugak,wa rasa wa pun kena langgar jugak.Alhamdulillah la si macha ni takde yg serius injured.Nasib la wa pun takde pape,cuma kaki yang bengkak ni belum susut sepenuhnya la...









xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx







Tahun ni merupakan tahun pertama wa sambut hari raya haji di perantauan.Jadi,untuk pertama kalinya wa tak merasa lauk raya mak wa.Abang wa dah bakar-bakar wa dalam facebook.Wa dah terbakar dah sebenarnya.Kena pulak lepas solat raya lauk raya wa cuma Nescafe 3-in-1 dengan Nestum je.Tu pun ehsan dari teman-teman satu hostel.Kalau tak,memang kebulur la wa pagi-pagi raya.Tapi nasib la jamuan raya kat konsulat jenderal Malaysia kat Medan tak mengecewakan.Walaupun lauk dia biasa-biasa je,tapi ada la jugak feel beraya.Siap ada Astro lagi kot rumah konsulat tu.Binatang peliharaan tak usah cerita la,semua eksotik.Malam tu tengok New Moon,ok-ok la cerita dia asalkan tak berapa bangsat sangat...



xaaax