Tuesday, November 23, 2010

suwit 16+10




Kepada Mohd Aliff bin Jamil AKA Jenjibam AKA abang gua, selamat hari lahir yang ke 26 lah gua ucapkan pada lu. Gua takde sen ar nak bagi hadiah. Banyak duit gua laburkan kat vespa gua. Semoga lu terus sukses la dengan apa jua yang dihadapi.


Memang menjadi lu punya plan hide tarikh besday lu kat fesbuk. Kalau tak memang lu kena penkek la alamatnya. kahkahkah!




xaaax

Friday, November 5, 2010

Demam

Pon! Pon!

Cilaka punya orang Batak depan rumah. Dia tak tau ke gua dah macam orang separuh mati ni. Boleh memekak pulak.

Gua tak ambik pedulik. Gua sambung tidur...




******



Dum! Dum! Tam! Dum!

Amba, lu memang pundek. Gua sakit-sakit ni pun lu boleh buat rumah gua ni macam disko. Pundek!!!

Lu siap la Amba nanti. Kalau dah ada drumset kat dalam rumah gua nanti, memang gua tak bagi can lu dengar lagu-lagu kelabing lu...



******



Pin! Pin!

Ah shit sapa pulak la boleh hon-hon motor depan rumah gua ni. Tak aman betul gua nak tidur.

Ajib! Ajib!

Eh tu suara Pait(bukan nama sebenar). Oh patut la. Hujan. Memang kejap jela kan budak-budak ni main futsal. Gua pun cuba la gagahkan diri gua yang tak terdaya ni bukak pintu.

Bukan Pait aje yang ada, budak-budak lain yang biasa main futsal dengan gua pun ada jugak. Gua memang dah agak. Memang gua lagi dah agak, budak-budak ni nak tengok match MU vs Tottenham sementara tunggu hujan kat luar rumah kembali reda.

Gua bukakkan tv untuk budak-budak ni. Lantak korang la nak tengok apa. Gua nak sambung balik tidur. Badan dah menggigil tak hengat.

Match bola habis, hujan pun berhenti. Timing yang cukup baik untuk budak-budak ni. Pendek kata, diorang ni pun nak balik. Gua sekali lagi gagahkan diri gua bangun dari katil dan bukakkan pintu pagar semua untuk teman-teman yang mahu pulang...



******


Ok sambung balik tidur. Baru gua letak kepala gua kat bantal, gua terpandang satu sosok lembaga kat depan pintu bilik gua. Gua samar-samar terpandang kat lembaga tu pasal gua tak pakai spek. Lama betul gua perhatikan lembaga tu dengan penuh kehairanan. Tak lama lepas tu lembaga tu keluar dari bilik gua. Gua terus tutup pintu tanpa berfikir panjang.

Persoalan yang timbul tak terjawab sampai sekarang. Macam mana boleh ada tikus dalam bilik gua?! Lahanat punya tikus.

Memang lahanat.



xaaax