Monday, August 30, 2010

Diari Ramadhan saya episod 5

31 Ogos 2010 pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan, lebih kurang sama dengan bulan Ramadhan tahun lepas. Pertama sekali entry wa kali ini bukan wa nak menunjukkan yang wa ni takde semangat cintakan negara atau tidak bersikap patriotik. Cuma satu je wa nak tanya korang, apa yang korang dapat kalau selebret merdeka ni? Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang penuh dengan kesucian ni? Wa percaya, masih lagi ramai orang Malaysia, terutamanya yang beragama Islam selebret merdeka ni macam menang pingat emas Olimpik. Wa juga masih percaya, ada juga yang akan selebret merdeka ni kat kelab malam la, pub la, dan terus lupakan hal mengenai mereka berada di tempat yang sememangnya tempat feveret jin bertendang ni pada bulan Ramadhan. Cuma pada bulan Ramadhan ni memang jin semua takde la, cuma diorang jela yang bertukar menjadi jin.


Teman-teman, wa cuma nak ingatkan korang yang sekarang ni dah 21 Ramadhan, masih ada baki 9 hari lagi kita akan berpuasa dan seterusnya meninggalkan bulan Ramadhan untuk tahun ini. Tahun depan kita sendiri belum pasti akan bertemu semula dengan bulan yang penuh dengan kerahmatan ini. Insyaallah kalau umur panjang, ketemu jua lah Ramadhan berikutnya. Tapi ajal maut semua di tangan Allah. Jangan ingat hari esok kita pasti hidup lagi. Mungkin sebentar lagi ajal akan temui kita. Siapa tahu kan? Sama-samalah kita rebut peluang keemasan yang semakin singkat ini, lebih-lebih lagi pada 10 Ramadhan terakhir. Banyak lagi pahala kita buat amal soleh dari sambut merdeka.


Satu lagi hal, sejak wa tinggal kat luar Malaysia, minda wa sudah agak sedikit berkembang. Yelah sebagai seorang rakyat Malaysia yang menetap di luar, wa ada sedikit buat perbandingan antara Malaysia dengan Indonesia. Wa tak cakap Indonesia lebih bagus dengan Malaysia. Wa akui wa lagi suka duduk Malaysia dari Indonesia, lebih-lebih lagi dengan isu-isu panas yang muncul antara Malaysia dengan Indonesia yang lagi membuatkan wa rasa macam tak nak datang Indonesia lagi je. Tapi apakan daya, mungkin rezeki wa kat sini. Allah mungkin dah takdirkan yang wa akan capai impian wa di negara jiran yang senantiasa bergolak semata-mata kerana hal-hal yang remeh. Kita ada otak, kita fikir mana yang baik dan buruk. Jangan ada otak, tapi letak kat lutut. Biarlah apa orang nak cakap dengan Malaysia. Wa tak pedulik dengan semua ni, sehinggalah cita-cita wa terhalang kerana benda-benda bodoh ni. Kita pun kena ingat, jangan ingat kita selama-lamanya betul. Pemerintah kita pun sendiri kadang-kadang letak otak kat celah-celah lutut, manalah orang luar memandang rendah dengan kita.


Wa akui wa ni bukan lah manusia yang sempurna. Iman pun belum cukup kuat. Bahkan amal pun masih boleh dihitung dengan jari. Cuma bagi wa tak salah kalau setakat nak bagi sedikit nasihat. Nak selebret merdeka tu boleh, cuma jangan lah berlebih-lebihan lebih-lebih lagi pada bulan yang suci ini. Ingatlah, cubalah merdekakan diri kita dulu daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan akhlak serta aqidah ye teman-teman. Akhir sekali wa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53...







notakaki: wa rasa tak percaya yang wa post entry ni...


xaaax

Saturday, August 28, 2010

Diari Ramadhan saya episod 4

PERHATIAN! Entry kali ini agak jiwang dan sentimental dan ada sedikit berbaur lucah. Sebarang aduan yang tidak puas hati atau ada unsur-unsur nak kena makan selipar jepun atau nak mintak penampar sulung tidak akan dilayan sama sekali. Harap maklum...



****



Macam biasa wa berbuka seperti hari-hari sebelumnya. Berbuka ala kadar je, hanya kesederhanaan diutamakan. Yela wa ni jenis manusia yang makan sikit je perut terasa sarat seperti orang mengandung 9 bulan. Dan seperti biasa juga wa berbuka puasa hanya ditemani "awek" wa. Itu pun sampai tempat parking jela wa terpaksa tinggalkan si dia. Nak bawak si dia duduk sebelah wa berbuka bersama takut wa pulak kena cium sudip memasak secara percuma dengan tauke rumah makan. Pokoknya majoriti setiap kali wa berbuka pada bulan Ramadhan yang mulia ni memang sorang-sorang lah wa berbuka. Nak ajak member-member lain, masing-masing dengan pasangan masing-masing. Sampai beberapa kali terserempak dengan member-member lain dan bertanyakan soalan berupa begini:


"Eh, sorang je ke?"

Wa pun jawab la, "Takdelah. Dengan si dia lah sapa lagi kan."


Gua rasa tiap kali jawapan yang wa yang bagi ni diorang-diorang ni mesti bermonolog berupa begini, "Kesian... muda-muda dah gila." Eh wa pedulik apa kan dengan apa yang orang cakap. Yang penting wa gembira.

Persoalan yang timbul sekarang ialah sampai kapankah wa nak single je? Sampai jadi bujang terlajak? Sampai wa dah jadi menopaus baru nak tukar status 'single' ke 'in a relationship'? Jawapan wa senang je. Untuk masa kini, wa agak selesa dengan status wa sebagai seorang jejaka yang tampan lagi ganteng yang sememangnya single. Bukan wa tak nak tukar status single tu. Wa takut diri ini dikecewakan lagi. Kena pulak wa ni jenis manusia yang fobia akan jatuh cinta kepada seseorang makhluk yang bernama perempuan. Pendek kata, wa masih belum bersedia untuk mencari pasangan. Tapi benda ni pun kita hanya merancang. Hanya yang maha Esa sahaja yang menentukan. Rilek ar, umur wa baru 20 tahun, muda lagi. Awek tu nanti-nanti ar. Ye tak?


xaaax

Tuesday, August 24, 2010

Diari Ramadhan saya episod 3





Ya, wa dah potong rambut. Walaupun wa langsung tak bangga yang wa dah potong rambut, tapi buat masa ni ada la dalam 2,3 orang cakap wa hensem. Bukan nak bangga, tapi ini adalah kenyataan. Itulah hakikatnya, wa lagi suka rambut panjang, selekeh so that tak ramai yang terpikat dengan wa. Ingat ye, 3 orang dah buat masa ni cakap wa hensem. Kenyataan! Jangan jeles....


xaaax

Tuesday, August 17, 2010

Diari Ramadhan saya episod 2

Semalam rumah wa kat Medan sini ada buat buka puasa BBQ secara besar-besaran. Btw kepada sesiapa yang terlibat sama menjayakan BBQ ni wa ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian korang join serta memeriahkan majlis yang tak seberapa ni. Kalau ada kurang ke apa, wa mintak halal dunia akhirat la. Tapi bukan tu yang wa nak cerita sebenarnya. Hari ni wa bangun-bangun je dari katil wa, wa perasan satu kelainan yang terjadi pada diri wa. Badan panas, kepala berat, hidung tersumbat, batuk-batuk. Sah, wa alami demam panas yang betul-betul panas mengalahkan air panas. Yang wa pasti bukan sebab melantak BBQ sampai perut pecah yang membuatkan wa demam panas, akan tetapi hal ini mungkin disebabkan wa kena kejutan elektrik secukup rasa semalam. Wa cuba cabut plug dapur induction, sekali tersentuh plug dia daaa. Wa pun apa lagi menjerit ar mengalahkan Maikel Jeksen. Sumpah wa cakap, kepala otak wa bergegar. Lepas kena letrik tu je, badan wa dah lain macam. Kepala wa yang ringan tiba-tiba menjadi berat. Wa da nak pitam. Nasib baik Pait (bukan nama sebenar) ada depan wa. Wa pun landing la belakang badan dia.


Satu benda yang spesel tentang diri wa, walaupun wa jarang sakit, tapi kalau kena sakit macam demam ke apa, wa cepat sembuh. Lepas buka tadi dengan makan nasi goreng yang separuh pinggan pun wa makan tak habis sebab tak selera betul tekak wa, wa bantai dua biji Panadol Actifast. Lepas tu wa sambung la tidur sambil pakai jaket askar wa dengan berselimut double dengan hasrat demam wa berkurang la sikit. Ada la dalam satu jam berikutnya, perut wa tiba-tiba mengadu kelaparan. Tambahan pulak badan wa berlecak mengalahkan orang berlari marathon. Wa saspek demam wa dah ok sikit. Memang betul jangkaan wa. Tapi kepala wa ada sikit-sikit la senoneng. Tanpa berfikir panjang, wa pun pergi la dapur capai apa-apa yang boleh dimakan...






notakaki: Wa lapar!!!

xaaax

Saturday, August 14, 2010

Diari Ramadhan saya episod 1

Alkisah awal Ramadhan jatuh pada hari rabu 11 Agustus 2010. Tutorial pertama bagi semester 3 juga jatuh pada hari yang sama. Kena pulak wa dapat learning issue fevret, kena terangkan mengenai alat reproduktif wanita bahagian external. Pokoknya wa kena la lukis benda alah tu besar-besar.Dah tu wa ni bab-bab melukis memang ke laut ar. Kena bantai gelak jugak dengan budak-budak tutorial wa. Pasal apa? Pasal wa lukis bulu jembut wanita agak ekstrim. Kalau tengok berdasarkan gambar dalam buku, kurang menarik pandangan mata orang. Jadi wa pun adjust la sikit part yang itu supaya lebih menarik mata memandang...






notakaki: agak-agak pahala puasa wa kurang tak pasal benda ni?

xaaax

Sunday, August 1, 2010

I'm not single ok!

Tuhan ciptakan setiap makhluk berpasangan. Lelaki dan perempuan, jantan dan betina dan sebagainya. Begitu juga dengan wa tapi kes wa ni agak berlainan sikit. Setelah sekian lama wa hidup single, akhirnya dua tiga menjak ni wa dah bertukar status. Hati ini yang setelah sekian lama kesepian akhirnya tidak sunyi lagi seperti dulu. Hidup yang sebelum ni kurang ceria dan sekarang asyik senyum senantiasa sampai satu part wa tersenyum sorang-sorang sampai housemate wa pun cakap wa ni dah kurang siuman. Tapi itu semua tak penting. Yang penting sekarang wa dah tak single. Di mana wa pergi di situ buah hati wa akan pergi juga. Dan ya warna kegemaran buah hati wa ialah berwarna ungu dan senantiasa memakai baju berwarna ungu setiap kali waa keluar dating dengan si dia. Walaupun hubungan antara wa dan buah hati wa tidak direstui oleh hj Jamil merangkap banker AKA bos AKA bapak wa sendiri, tetapi cinta wa terhadap buah hati wa tidak pernah terhalang. Akhirnya kau milik ku jua....











....oh vespaku...


xaaax