Saturday, August 28, 2010

Diari Ramadhan saya episod 4

PERHATIAN! Entry kali ini agak jiwang dan sentimental dan ada sedikit berbaur lucah. Sebarang aduan yang tidak puas hati atau ada unsur-unsur nak kena makan selipar jepun atau nak mintak penampar sulung tidak akan dilayan sama sekali. Harap maklum...



****



Macam biasa wa berbuka seperti hari-hari sebelumnya. Berbuka ala kadar je, hanya kesederhanaan diutamakan. Yela wa ni jenis manusia yang makan sikit je perut terasa sarat seperti orang mengandung 9 bulan. Dan seperti biasa juga wa berbuka puasa hanya ditemani "awek" wa. Itu pun sampai tempat parking jela wa terpaksa tinggalkan si dia. Nak bawak si dia duduk sebelah wa berbuka bersama takut wa pulak kena cium sudip memasak secara percuma dengan tauke rumah makan. Pokoknya majoriti setiap kali wa berbuka pada bulan Ramadhan yang mulia ni memang sorang-sorang lah wa berbuka. Nak ajak member-member lain, masing-masing dengan pasangan masing-masing. Sampai beberapa kali terserempak dengan member-member lain dan bertanyakan soalan berupa begini:


"Eh, sorang je ke?"

Wa pun jawab la, "Takdelah. Dengan si dia lah sapa lagi kan."


Gua rasa tiap kali jawapan yang wa yang bagi ni diorang-diorang ni mesti bermonolog berupa begini, "Kesian... muda-muda dah gila." Eh wa pedulik apa kan dengan apa yang orang cakap. Yang penting wa gembira.

Persoalan yang timbul sekarang ialah sampai kapankah wa nak single je? Sampai jadi bujang terlajak? Sampai wa dah jadi menopaus baru nak tukar status 'single' ke 'in a relationship'? Jawapan wa senang je. Untuk masa kini, wa agak selesa dengan status wa sebagai seorang jejaka yang tampan lagi ganteng yang sememangnya single. Bukan wa tak nak tukar status single tu. Wa takut diri ini dikecewakan lagi. Kena pulak wa ni jenis manusia yang fobia akan jatuh cinta kepada seseorang makhluk yang bernama perempuan. Pendek kata, wa masih belum bersedia untuk mencari pasangan. Tapi benda ni pun kita hanya merancang. Hanya yang maha Esa sahaja yang menentukan. Rilek ar, umur wa baru 20 tahun, muda lagi. Awek tu nanti-nanti ar. Ye tak?


xaaax

6 comments:

  1. terbaek ajib.aku setuju.hoho~~ko lg lak nk kawen umo 30 kan.heheh

    ReplyDelete
  2. tgk gaya mcm tu la. eleh lu banyak spare part boleh la. haha

    xaaax

    ReplyDelete
  3. once ko dah bawak si purple tu, pasti ada yg terpikat ah. ahaha

    ReplyDelete
  4. chill la jib..baru 20..single is better. haha

    ReplyDelete