Monday, August 30, 2010

Diari Ramadhan saya episod 5

31 Ogos 2010 pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan, lebih kurang sama dengan bulan Ramadhan tahun lepas. Pertama sekali entry wa kali ini bukan wa nak menunjukkan yang wa ni takde semangat cintakan negara atau tidak bersikap patriotik. Cuma satu je wa nak tanya korang, apa yang korang dapat kalau selebret merdeka ni? Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang penuh dengan kesucian ni? Wa percaya, masih lagi ramai orang Malaysia, terutamanya yang beragama Islam selebret merdeka ni macam menang pingat emas Olimpik. Wa juga masih percaya, ada juga yang akan selebret merdeka ni kat kelab malam la, pub la, dan terus lupakan hal mengenai mereka berada di tempat yang sememangnya tempat feveret jin bertendang ni pada bulan Ramadhan. Cuma pada bulan Ramadhan ni memang jin semua takde la, cuma diorang jela yang bertukar menjadi jin.


Teman-teman, wa cuma nak ingatkan korang yang sekarang ni dah 21 Ramadhan, masih ada baki 9 hari lagi kita akan berpuasa dan seterusnya meninggalkan bulan Ramadhan untuk tahun ini. Tahun depan kita sendiri belum pasti akan bertemu semula dengan bulan yang penuh dengan kerahmatan ini. Insyaallah kalau umur panjang, ketemu jua lah Ramadhan berikutnya. Tapi ajal maut semua di tangan Allah. Jangan ingat hari esok kita pasti hidup lagi. Mungkin sebentar lagi ajal akan temui kita. Siapa tahu kan? Sama-samalah kita rebut peluang keemasan yang semakin singkat ini, lebih-lebih lagi pada 10 Ramadhan terakhir. Banyak lagi pahala kita buat amal soleh dari sambut merdeka.


Satu lagi hal, sejak wa tinggal kat luar Malaysia, minda wa sudah agak sedikit berkembang. Yelah sebagai seorang rakyat Malaysia yang menetap di luar, wa ada sedikit buat perbandingan antara Malaysia dengan Indonesia. Wa tak cakap Indonesia lebih bagus dengan Malaysia. Wa akui wa lagi suka duduk Malaysia dari Indonesia, lebih-lebih lagi dengan isu-isu panas yang muncul antara Malaysia dengan Indonesia yang lagi membuatkan wa rasa macam tak nak datang Indonesia lagi je. Tapi apakan daya, mungkin rezeki wa kat sini. Allah mungkin dah takdirkan yang wa akan capai impian wa di negara jiran yang senantiasa bergolak semata-mata kerana hal-hal yang remeh. Kita ada otak, kita fikir mana yang baik dan buruk. Jangan ada otak, tapi letak kat lutut. Biarlah apa orang nak cakap dengan Malaysia. Wa tak pedulik dengan semua ni, sehinggalah cita-cita wa terhalang kerana benda-benda bodoh ni. Kita pun kena ingat, jangan ingat kita selama-lamanya betul. Pemerintah kita pun sendiri kadang-kadang letak otak kat celah-celah lutut, manalah orang luar memandang rendah dengan kita.


Wa akui wa ni bukan lah manusia yang sempurna. Iman pun belum cukup kuat. Bahkan amal pun masih boleh dihitung dengan jari. Cuma bagi wa tak salah kalau setakat nak bagi sedikit nasihat. Nak selebret merdeka tu boleh, cuma jangan lah berlebih-lebihan lebih-lebih lagi pada bulan yang suci ini. Ingatlah, cubalah merdekakan diri kita dulu daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan akhlak serta aqidah ye teman-teman. Akhir sekali wa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53...







notakaki: wa rasa tak percaya yang wa post entry ni...


xaaax

1 comment: