Thursday, March 25, 2010

Pleno Pakar*

Wa baru burn CD slide tutorial A-12 untuk pleno pakar...


Tiba-tiba mamat mana tah suruh wa burn CD slide tutorial untuk kelompok tutorial dia...


nama dia Syahril...


Kalau time main futsal, mamat ni mendapat nama jolokan Ahmad "Syahril" Azhar (lepas dapat gelaran nama ni, mamat ni terus dapat banyak gol)...


Ok CD untuk kelompok tutorial dia wa dah siap burn...


Bapak panas sial ruang seminar FK USU ni...


Ada cewek yang duduk kat belakang wa asyik tengok wa sedang update blog wa (untuk entry kali ini)...


Hayat bateri laptop wa tinggal 1 jam 7 minit lagi...


Macha kat sebelah wa dah "gol"...


Wa nak dengar mp3, mamat ni pulak pinjam earphone wa...


Macha bangun, pindah tempat, "gol" balik kat tempat baru...


Wa dah tak boleh handle panas...


Mata wa dah ngantuk...


Tapi tak boleh tidur, terlampau panas ya amat...


Kelompok A-8 membuat presentasi pada pleno pakar kali ini...


Wa termenung jap, cari idea nak kasi penuhkan entry blog kali ini...


Tiba-tiba ada cewek selang satu kerusi belah kanan wa bertanya pasal modem yang wa guna sekarang ni untuk on9...


Nama dia Cut Nabila...


Ok whatever... (omputeh la sikit)


Mahasiswa-mahasiswa kat dalam ruang seminar ni malas nak ambik tau pasal apa yang kelompok tutorial A-8 presentasi kat depan...


So am i... (omputeh lagi sikit)


Mamat ni pulak duduk sebelah wa...


Dia pulak boleh memekak sebelah wa dengan Cut Nabila tadi...


wa dah mula panas dan tak boleh handle dah...


Dua ekor sebelah wa tadi dah mula speaking london...


Grammar jangan cakap ar, ke laut merah...


Laptop wa dah bagi signal bahawa bateri dah nak habis...


Sampai di sini sahaja coretan wa kat dalam entry laki ini...


.....................................................................................


*Presentasi mengenai pemicu-pemicu tutorial atau kasus-kasus (kes-kes) yang akan dibahaskan setiap minggu oleh kelompok-kelompok tutorial Fakultas Kedokteran USU...



xaaax

Monday, March 22, 2010

Rindu... part 2

Dah lama wa tak menonton televisyen. Lama lagi wa tak tengok mamat yang kat bawah ni beraksi dalam peti televisyen...













xaaax

Saturday, March 20, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Jenis-jenis barua...

Jenis 1:

Depan orang cakap lain, belakang orang cakap lain...



Jenis 2:

Dia menganjing wa boleh. Part wa menganjing dia balik, mula la nak emo mengalahkan fan-fan My Chemical Romance...



Jenis 3:

Tak puas hati dengan wa. Wa tak kisah lagi. Post status kat Facebook konon tak puas hati la, tak nak respect lagi la, tak nak bagi muka lagi la, tapi tak sebut nama tak puas hati dengan sapa padahal terang-terang dah tau sangat tak puas hati dengan sapa. Ok wa dah mula panas, tapi wa boleh handle lagi. Part cerita tak puas hati dengan wa sampai satu dunia tau, awek-awek cun pun termasuk sekali antara insan yang tau cerita mamat tu tak puas hati dengan wa. Wa sorang je yang tak tau cerita ni, ok wa dah tak boleh handle lagi. Kalau tak puas hati, face-to-face dengan wa. Baru la ada telor...



Jenis 4:

Wa jarang berkira dengan mamat ni. Sampai part mamat ni dengan wa, 1 sen pun berkira macam nilai dia mengalahkan kena nombor ekor jackport...



Jenis 5:

Waktu dia sengkek, dia nak pnjam duit wa, wa pun bagi la kononnya nak tolong member sendiri. Sampai wa sengkek atau dia memang tengah loaded gila tahap tauke balak, dah tu wa mintak hutang wa balik, dia buat bodoh je....



Jenis 6:

Seumur hidup wa, wa cukup panas kalau orang yang tak punctual ni...



Jenis 7:

Bila lu senang atau waktu lu tengah bergumbira, nak pandang muka wa pun boleh sampai lu terlupa. Bila lu tengah susah, mula la terhegeh-hegeh nak cari wa...



Jenis 8:

Kalau member baik menganjing dia, dia cool je. Part wa menganjing dia, mula la nak melenting atas alasan wa member biasaa dia je ataupun kalau anggap member pun tak berapa nak anggap member sangat... (sila rujuk Jenis 2)






Kalau wa jumpa orang macam ni, maknanya memang konfem la kejap lagi dia kena tangkap masuk dalam guni, campak ke sungai.



Berwaspadalah, anda sedang diperhati...


xaaax

Wednesday, March 10, 2010

Khabar gumbira...

Tanggal 11 Mac tahun 2010, tepat jam 6.00 am WIB(waktu Indonesia Barat), seperti biasa wa bangun pagi untuk persediaan ke kampus Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara atau nama glamour tak berapa glamour sangat orang sebut FK USU. Tetapi pada pagi ini jadual perkuliahan agak sedikit berlainan berbanding hari-hari sebelumnya, iaitu wa ada praktikum lab Biokimia dan kuliah pada jam 10 am WIB. Dan lagi, ada sedikit berlainan berbanding apa yang wa buat pada hari-hari kelmarinnya. Wa tak terus ke kamar mandi, sebaliknya wa on9 dan terus buka laman web ini. Dan kali ini apa yang ada kat depan mata sama je macam sebelum ni wa buka laman web tersebut cuma yang berbeda ialah bilangan yang tertera. Wa pun apa lagi, terlompat-lompat, terjerit-jerit kesukaan macam kanak-kanak riang yang terlampau ingin sangat nak makan biskut lutut dari orang tuanya. Wa punya jerit kesukaan tu kuat dia mengalahkan bunyi alarm handset roommate wa yang tidak berjaya membangunkan tuan masing-masing. Last-last diorang terbangun jugak akibat "alarm" dari wa...






nota kaki: mamat-mamat indon yang bajet gila dengan wa konon "dream team" diorang boleh menang dengan goyang kaki, stress tengok wa goyang kaki "4 kali" menghala ke arah diorang...

xaaax

Thursday, March 4, 2010

Lisa Surihani








Untik sekian lamanya, baru wa perasan minah kat atas ni,cantik rupa-rupanya. Sumpah wa cair tengok rupa parasnya. Alangkah bahagianya kalau sekarang ni wa bersama-sama dia berdating sambil-sambil memancing ikan di kolam Indah Water dan bercerita tentang kehidupan...



xaaax