Wednesday, March 10, 2010

Khabar gumbira...

Tanggal 11 Mac tahun 2010, tepat jam 6.00 am WIB(waktu Indonesia Barat), seperti biasa wa bangun pagi untuk persediaan ke kampus Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara atau nama glamour tak berapa glamour sangat orang sebut FK USU. Tetapi pada pagi ini jadual perkuliahan agak sedikit berlainan berbanding hari-hari sebelumnya, iaitu wa ada praktikum lab Biokimia dan kuliah pada jam 10 am WIB. Dan lagi, ada sedikit berlainan berbanding apa yang wa buat pada hari-hari kelmarinnya. Wa tak terus ke kamar mandi, sebaliknya wa on9 dan terus buka laman web ini. Dan kali ini apa yang ada kat depan mata sama je macam sebelum ni wa buka laman web tersebut cuma yang berbeda ialah bilangan yang tertera. Wa pun apa lagi, terlompat-lompat, terjerit-jerit kesukaan macam kanak-kanak riang yang terlampau ingin sangat nak makan biskut lutut dari orang tuanya. Wa punya jerit kesukaan tu kuat dia mengalahkan bunyi alarm handset roommate wa yang tidak berjaya membangunkan tuan masing-masing. Last-last diorang terbangun jugak akibat "alarm" dari wa...






nota kaki: mamat-mamat indon yang bajet gila dengan wa konon "dream team" diorang boleh menang dengan goyang kaki, stress tengok wa goyang kaki "4 kali" menghala ke arah diorang...

xaaax

No comments:

Post a Comment