Tuesday, July 20, 2010

"the end is not near, it's here..."

Ya teman-teman, cuti semester wa berakhir di sini. Akhirnya cuti semester yang berlangsung selama sebulan lebih telah berada di penghujungnya. Macam-macam aktiviti wa dah buat waktu cuti semester ni. Macam-macam makanan Malaysia wa dah sumbat dalam perut wa semasa cuti ni. Macam-macam hal berlaku semasa cuti ini berlangsung. Begitu juga dengan piala dunia. Wa menyaksikan team all-time favourite wa, Brazil terkubur di tangan Belanda di suku akhir. Cilaka betul...


Waktu cuti semester ni jugak la wa melantak durian macam seribu tahun tak pernah jumpa durian. Semuanya dari hasil kebun bapak wa. Pendek kata, nafas bau durian, ketiak bau durian, kentut bau durian, kencing bau durian, berak bau durian. Sampai last day wa kat rumah, wa melantak bubur durian. Peh tak hengat. Cakap pasal makanan ni, wa dah puas melantak nasi lemak kukus jalan Anggerik, iaitu tak jauh di rumah wa. Bukan nak kata apa la, kalau lu pekena nasi lemak ni, lu sendiri akan tau kenapa wa heboh sangat pasal nasi lemak ni. Nasi lemak ni bukan sekadar nasi lemak, tetapi nasi lemak yang dijual di jalan Anggerik, Taman Johor Jaya. Ah wa cakap banyak pasal nasi lemak ni tak guna, bukan lu pernah rasa pun. Kan? Hanya orang yang terpilih je dapat menjamah nasi lemak jalan Anggerik ni. Selain nasi lemak ni, wa dapat melantak cendol yang dijual di seluruh negeri Johor. Jadi kalau lu nak makan cendol paling masyuk kat Johor ni, kalau lu roger wa, lu telah membuat satu keputusan yang amat bernas. Kenapa? Pasal wa dah mencuba la semua gerai-gerai cendol yang wujud di Johor ini dan wa boleh suggest gerai cendol yang paling mantap lagi meleleh rasa cendol dia, iaitu di Parit Raja yang terletak di Ayer Hitam, Johor. Jujur wa cakap, inilah cendol yang paling sedap wa pernah makan seumur hidup wa. Cuba lu bayangkan betapa giannya wa dengan cendol ni sampai nak cuba pecahkan rekod peribadi dengan mencekik cendol ni sebanyak lima mangkuk secara berturut-turut. Tapi apakan daya, perut wa ni kecik je sebenarnya. Nak buat macam mana, itulah antara misi yang wa gagal sempurnakan sewaktu cuti semester ni.


Cakap pasal misi, wa sebenarnya banyak menjalankan misi-misi yang agak mustahil lagi membingitkan jiwa dan raga. Tak silap wa, ada dua misi mustahil yang agak mustahil wa tak berjaya menyelesaikan misi tersebut. Misi pertama, pasal cendol tadi. Misi kedua, wa malas nak cakap. hanya orang yang terpilih je tau misi ni karena misi ini memang top secret. Tapi atlease misi mustahil yang terakhir wa dapat laksanakan dengan jayanya, iaitu memberikan pakej kepada subjek. Pakej apebende tuh? Subjek gapo tuh? Mampos lagilah wa tak nak cakap.


Last day wa kat Malaysia, wa luangkan masa dengan sepupu wa yang duduk kat rumah wa. Antara aktivitinya ialah bermain sukan memanah indoor di Danga City Mall. Syok jugak sebenarnya main panah-panah ni. Kena pulak pertama kali main panah-panah ni wa lagi sikit nak kena bullseye. Hari terakhir kat Malaysia ni jugak la wa menyaksikan perkara-perkara aneh berlaku depan mata wa. Yang pertama ialah, wa bersaksikan telinga dan mata wa dan juga sepupu wa sendiri mendengar pak guard parking Danga City Mall melayan lagu Musafir di Pagi Raya dendangan Tulang Anjing Hitam AKA Black Dog Bone. Wa dan sepupu wa layan berdekah la apa lagi. Mana taknya, Ramadhan pun belum lagi, apatah lagi Syawal untuk menjelma. Memang betul-betul semangat mamat tu nak raya. Kes kedua pulak terjadi di Daiman Bowl. Kena pulak masih segar dalam ingatan wa. Dalm pukul 10 pm gotu wa settle main boling kat Daiman Bowl. Kononnya nak rilek kejap la pasal tangan pun belum habis gigil lagi. Tiba-tiba, satu lembaga sedang menarik beg bolingnya yang beroda itu dengan lemah gemalainya. Sopannya bak gadis ayu gitu. Maka wa pun terpaku la gerak-geri lembaga tersebut. Apa yang membuatkan wa terpaku ialah paras rupa lembaga tersebut. Berambut panjang lurus ala-ala brunnete, potongan badan memang agak maut di situ, memiliki buah dada yang amat mantap. Tiba-tiba wa terdengar suara dia. Sah! Mak Nyah! Sial! Sial!! Sial!!! Ok wa tak perhatikan mak nyah ni bukan setakat tu sahaja. Wa nak tengok gaya dia main. Yang bertambah sialnya, main sebijik macam jantan. Main stail hook (ala-ala Shalin Zulkifli gitu), sekali baling pin bersepai. Yang paling cilaka lah kan, score dia jejak 200. Tak ke sial tu namanya???


Baiklah setakat ini sahajalah coretan kasih dari wa. Wa esok nak kena bangun pagi, nak balik Medan dah. Medan dah panggil-panggil dah dalam kepala otak wa. Yela cuti lama-lama pun boleh jadi gila jugak. Banyak benda yang menanti wa kat Medan, salah satunya ialah awek baru wa yang wa tak sabar nak jumpa dan akan bawak dia ke hulu ke hilir pusing satu kota Medan. Adios Malaysia. Raya kita jumpa lagi...


xaaax