Monday, February 21, 2011

spot the different!





Gambar atas: 20/02/2010
Gambar bawah: 20/02/2011



xaaax

Wednesday, February 16, 2011

Penat

Balik je main futsal, gua bukak baju seluar semua, campak dalam bakul dan seterusnya campak sekali arung semua baju-baju kotor yang ada dalam bakul langsung ke dalam mesin basuh automatik jenama Panasonic. Shit, sabun basuh baju habis pulak. Gua fikir sejenak. OK gua dah dapat idea. Gua masuk bilik air, capai sabun mandi gua yang berjenama Dettol. Taruk sikit dalam mesin basuh yang berisi baju-baju kotor gua. Cukup bijak. Sementara tunggu baju siap basuh, gua meniarap kat depan laptop ni dengan beralaskan dua biji bantal kaler biru gelap. Sambil-sambil tu gua nyalakan sebatang Djarum Black cappucino flavour yang ada kat mulut gua. Gua tarik, hembus balik dengan bentuk O yang sangat sempurna lagi bergaya. Tiba-tiba housemate gua nak keluar nak cari makan. Dia pun tanya la gua nak kirim ke tak. Gua cakap menu macam biasa la. Member mengangguk faham. Member keluar rumah, start motor dengan hasil bunyi ala-ala ekzos paip baru lepas tebuk kasi bunyi macam Kawasaki Ninja, terus jalan menuju destinasi yang ingin dituju.


Gua termenung kejap kat depan laptop usang berwarna hitam yang banyak memberikan jasa yang tak terhingga kepada tuannya yang senantiasa intim bersamanya setiap hari-hari yang sangat memenatkan. Bila gua fikir-fikir balik pasal exam tadi, memang serupa haram. Kena pulak pasal kulit. Memang bukan feveret gua. DI sudut hati gua berbisik untuk diri sendiri yang tengah pancit baru lepas habis main futsal. Ah pedulik la. Benda dah lepas tak payah la nak fikir-fikir sangat. Bukan gua tak belajar pun. Ada rezeki, bagus la result gua. Kalau takde rezeki, sila cuba lagi. Cara senang bagi seorang insan untuk melepaskan diri dari dibelenggu hal-hal peperiksaan seperti itu.




Gedegung! Gedegang!

Shit. Potong stim betul la tikus-tikus belakang rumah gua ni. Gua baru nak bermonolog...




Ok sambung cerita. Bila fikir masalah sendiri pun kadang-kadang boleh bikin macet urat saraf kat kepala hotak gua, ini pulak kalau tiba-tiba nak selitkan hal-hal orang lain. Memang tidak syok lah kan. Buat penat sendiri je nak fikir pasal orang. Bukan gua nak jaga tepi kain orang. Tapi tulah kadang-kadang kalau takde masalah sendiri nak fikir la kita ambik bahan dari orang lain. Itu kalau diri sendiri takde masalah. Kalau ada? Boleh jadi sampai tahap mulut berbuih-biuh macam kena sawan babi. Lu bayangkan la tahap gua termenung tu macam fokus dia serupa menjadi calon SPM tahun 2007. Penangan punya termenung ni sampai boleh termenung atas vespa yang dikemudi dengan kelajuan yang cukup tidak disyorkan oleh jabatan bomba dan penyelamat. Tiba-tiba kereta depan dah berhenti. Maunya gua brake kecemasan. Lagi 3 inci anggaran secara kasar gua nak tersondol kereta. Mungkin Tuhan masih sayangkan diri gua suruh insaf banyak-banyak. Itulah masalah gua. Benda-benda yang tak sepatutnya gua fikir pun boleh selamba badak gua fikir. Kadang-kadang benda tak rumit pun gua bikin sampai jadi macam saraf otak yang berserabut. Entahlah. Gua sendiri pun kadang-kadang tak tau nak cakap apa. Cuma itulah yang selalunya terjadi pada diri gua, gua buat tak tau je. Apa nak jadi, jadi lah. Kalau benda yang best tu terjadi, mungkin tu bahagian gua kot. Kalau sebaliknya terjadi, biarlah. Seumpama kepulan-kepulan asap racun yang keluar dari mulut gua berterbangan entah ke mana. Cuma satu jelah yang gua harapkan untuk diri sendiri. Gua sendiri mengharapkan yang gua dan juga mana-mana individu yang terlibat akan bagi sedikit ruang dan masa untuk diri ini bersendirian agar gua dapat menstabilkan diri keadaan gua.





Teeeeeeet! Teeeeeet!


Eh baju dah siap cuci. Gua sidai baju la kejap. Penat rupa-rupanya menaip ni...




xaaax

Sunday, February 13, 2011

D kali D = Double D

Dua tiga menjak ni gua malas betul nak tulis blog. Bukan takde bahan tapi banyak sangat kerja gua kena buat. Taim tebel kuliah toksah cakap la. Gua rasa orang kerja tar jalan pun rilek lagi kalau nak bandingkan dengan taim tebel kuliah gua. Rabu exam apekejadah tah tiba-tiba universitas gua ni demam apa tah buat ujian awal-awal ni. Tak syok betul. Hasrat nak tengok filem satu warna pun gua fikir dua tiga kali. Lu orang semua jangan fikir bukan-bukan. Mentang-mentang gua cakap filem satu warna, masing-masing punya kepala hotak fikir cerita romen sana sini. Gua maksudkan dengan filem satu warna tu ialah The GREEN Hornet. Apa pasal gua cakap ini filem satu warna punya filem? Pasal tajuk filem tu sendiri taruk nama kaler hijau je. Takde la pulak cerita ni taruk nama kaler pelangi bak eskrim Paddle Pop rainbow. Inilah dia masyarakat zaman sekarang. Asal cerita bunyi dia lain sikit otak tu mula lah jadi kuning bak kanak-kanak kena demam kuning atau bahasa medisnya Jaundice.


Ok gua lari tajuk.


Time-time stress belajar ni terkenang pulak gua masa muda-muda dulu rajin betul pergi gig. Tiap kali pergi gig memang tak lepas lah gua beli baju-baju band terutamanya band dari luar negara yang harganya lu tak berapa minat nak dengar. Sekali borong macam kaki-kaki bundle shopping bundle kat serata JB. Yang itu gua tak berapa nak kisah. Yang gua kisah tiap kali gig mesti gua "bersenam". Tapi cara gua bersenam kat gig tu agak pelik sikit. Kaki, tangan, siku, lutut semua keluar. Kalau cakap pasal corak dia apa lu nak? Gaya terajang orang, tumbuk orang, libas helikopter, sampaikan gaya ketam baru nak belajar berjalan pun ada bai. "Meluncur" atas badan orang pun gua dah merasa. Ini baru betul darah muda. Gila babi.


Bercakap pasal gig ni gua dah lama betul tak tengok band all-time feveret gua, DiamondDress beraksi. Untuk pengetahuan semua, sebab gua main drum pun pasal band ni. Pasaipa? Drummer band ini sebenarnya abang gua sendiri. Gua layan lagu-lagu yang semestinya takde dalam senarai lagu di pusat karaoke keluarga ni pun pasal dia lah. Band ni pun berdiam seketika untuk hampir setengah dekad pasal masing-masing sibuk repair masa depan masing-masing sehinggalah tarikh keramat yang tertera kat flyer kat bawah nun. Apa-apa pun gua ucapkan selamat maju jaya lah kat korang. Gua sah-sah memang takde la kat situ nak sing along dengan korang. Asal korang main jangan terabur sudah la.









p/s: organizer gig ni pun memang kapir laknat. apekejadahnya la dia boleh buat gig time 15 februari. haaa ada apa 15 februari tu?? lu bukak la kalendar kuda sendiri. huish kapir... kapir...



xaaax