Wednesday, February 16, 2011

Penat

Balik je main futsal, gua bukak baju seluar semua, campak dalam bakul dan seterusnya campak sekali arung semua baju-baju kotor yang ada dalam bakul langsung ke dalam mesin basuh automatik jenama Panasonic. Shit, sabun basuh baju habis pulak. Gua fikir sejenak. OK gua dah dapat idea. Gua masuk bilik air, capai sabun mandi gua yang berjenama Dettol. Taruk sikit dalam mesin basuh yang berisi baju-baju kotor gua. Cukup bijak. Sementara tunggu baju siap basuh, gua meniarap kat depan laptop ni dengan beralaskan dua biji bantal kaler biru gelap. Sambil-sambil tu gua nyalakan sebatang Djarum Black cappucino flavour yang ada kat mulut gua. Gua tarik, hembus balik dengan bentuk O yang sangat sempurna lagi bergaya. Tiba-tiba housemate gua nak keluar nak cari makan. Dia pun tanya la gua nak kirim ke tak. Gua cakap menu macam biasa la. Member mengangguk faham. Member keluar rumah, start motor dengan hasil bunyi ala-ala ekzos paip baru lepas tebuk kasi bunyi macam Kawasaki Ninja, terus jalan menuju destinasi yang ingin dituju.


Gua termenung kejap kat depan laptop usang berwarna hitam yang banyak memberikan jasa yang tak terhingga kepada tuannya yang senantiasa intim bersamanya setiap hari-hari yang sangat memenatkan. Bila gua fikir-fikir balik pasal exam tadi, memang serupa haram. Kena pulak pasal kulit. Memang bukan feveret gua. DI sudut hati gua berbisik untuk diri sendiri yang tengah pancit baru lepas habis main futsal. Ah pedulik la. Benda dah lepas tak payah la nak fikir-fikir sangat. Bukan gua tak belajar pun. Ada rezeki, bagus la result gua. Kalau takde rezeki, sila cuba lagi. Cara senang bagi seorang insan untuk melepaskan diri dari dibelenggu hal-hal peperiksaan seperti itu.




Gedegung! Gedegang!

Shit. Potong stim betul la tikus-tikus belakang rumah gua ni. Gua baru nak bermonolog...




Ok sambung cerita. Bila fikir masalah sendiri pun kadang-kadang boleh bikin macet urat saraf kat kepala hotak gua, ini pulak kalau tiba-tiba nak selitkan hal-hal orang lain. Memang tidak syok lah kan. Buat penat sendiri je nak fikir pasal orang. Bukan gua nak jaga tepi kain orang. Tapi tulah kadang-kadang kalau takde masalah sendiri nak fikir la kita ambik bahan dari orang lain. Itu kalau diri sendiri takde masalah. Kalau ada? Boleh jadi sampai tahap mulut berbuih-biuh macam kena sawan babi. Lu bayangkan la tahap gua termenung tu macam fokus dia serupa menjadi calon SPM tahun 2007. Penangan punya termenung ni sampai boleh termenung atas vespa yang dikemudi dengan kelajuan yang cukup tidak disyorkan oleh jabatan bomba dan penyelamat. Tiba-tiba kereta depan dah berhenti. Maunya gua brake kecemasan. Lagi 3 inci anggaran secara kasar gua nak tersondol kereta. Mungkin Tuhan masih sayangkan diri gua suruh insaf banyak-banyak. Itulah masalah gua. Benda-benda yang tak sepatutnya gua fikir pun boleh selamba badak gua fikir. Kadang-kadang benda tak rumit pun gua bikin sampai jadi macam saraf otak yang berserabut. Entahlah. Gua sendiri pun kadang-kadang tak tau nak cakap apa. Cuma itulah yang selalunya terjadi pada diri gua, gua buat tak tau je. Apa nak jadi, jadi lah. Kalau benda yang best tu terjadi, mungkin tu bahagian gua kot. Kalau sebaliknya terjadi, biarlah. Seumpama kepulan-kepulan asap racun yang keluar dari mulut gua berterbangan entah ke mana. Cuma satu jelah yang gua harapkan untuk diri sendiri. Gua sendiri mengharapkan yang gua dan juga mana-mana individu yang terlibat akan bagi sedikit ruang dan masa untuk diri ini bersendirian agar gua dapat menstabilkan diri keadaan gua.





Teeeeeeet! Teeeeeet!


Eh baju dah siap cuci. Gua sidai baju la kejap. Penat rupa-rupanya menaip ni...




xaaax

No comments:

Post a Comment