Wednesday, April 28, 2010

29 April 2010

Seperti biasa wa bangun pagi untuk ke kuliah pada jam 7 am. Tapi hari ni kuliah wa tukar ke jam 10 am pulak pasal jam 7 am ada praktikum AKA lab. Kelompok praktikum lab wa ialah A3. Kelompok praktikum ni ada A1 sampai A5. Beberapa perkara yang wa suka mengenai kelompok praktikum wa ialah majoriti anggota Pussycat "DHONG" sama lab dengan wa. Pussycat "DHONG" ni adalah sebuah kumpulan di mana diorang punya lagak mengalahkan kumpulan Pussycat Doll. Maka dengan itu terciptalah nama tersebut yang sebenarnya dicipta oleh wa sendiri. Selain itu, wa suka kelompok praktikum wa kerana disebabkan oleh insan yang bernama Nur Azza Hidayati M. Azwi. Kenapa? Percayalah cakap wa, gadis ayu yang berasal dari Terengganu ni memiliki paras rupa yang dikatakan agak menawan kalau nak bandingkan dengan mana-mana student perempuan Malaysia untuk batch wa. Sudahlah cun, gayanya ala-ala gadis melayu terakhir gitu. Mana-mana jantan terpedaya kat dunia ni akan cair apabila bertentang mata dengan minah ni. Pada mulanya, wa memang la antara jantan-jantan terpedaya ni. Tapi lama-kelamaan, wa kuatkan iman wa dengan tidak terpedaya lagi. Kenapa? Pasal dia dah ada balak la, senior wa lagi tu. Takpe-takpe, kobis bunga bukan sekuntum. Lagipun wa tak berapa nak "into" sangat dengan cintan cintun ni.


Eh pehal wa rasa macam wa dah terlajak jauh ni dari jalan yang lurus ni?? Baiklah reverse kembali ke pangkal jalan iaitu cerita pada mulanya...


So macam biasa la bangun awal pagi untuk ke praktikum pada jam 7 am. Malangnya hari ni wa boleh pulak terlajak tidur sampai 6.50 am WIB. Wa pun apa lagi, lincah-lincah la bangun untuk ke praktikum. Wa mandi dalam 2 minit, pakai baju dalam 2 minit, setting rambut dalam 2 minit, pakai kasut dalam setengah minit. Jadi baki ada lagi tiga setengah minit untuk memecut lari ke lab. Memang 5 bintang la perancangan masa wa. Tapi waktu wa gunakan 2 minit untuk setting rambut, housemate wa pandang lain macam kat wa. Wa macam saspek sesuatu. Ah wa malas nak amek tau. Sewaktu wa gunakan setengah minit untuk pakai kasut tu lah housemate wa bersuara...



"Lu ada apa gerak awal-awal ni?"

"Ada lab ar. Kenapa?"

"Apa nama lab lu?"

"A3, kenapa?"

"Cuba lu bukak buku blok tengok jadual"

*bukak buku blog*

"PANTAAAAAAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTTT!!!!!!!"




nota kaki: Wa salah tengok jadual, wa tertengok jadual untuk hari Jumaat...

xaaax

reminder...

Hal-hal yang wa perlu buat sekarang dan juga dalam masa yang terdekat. Antaranya:





1. Cari idea nak post apa kat blog.


2. Kalau dah dapat idea, post cepat-cepat kat blog.


3. Menunggu ketibaan duit masuk dalam akaun bank.


4. Kalau duit dah masuk, asingkan duit untuk bayar duit sewa rumah baru.


5. Jangan lupa asingkan duit untuk beli katil, gerobok baju (almari untuk bahasa Johor), meja belajar untuk rumah baru.


6. Pergi jumpa owner rumah yang nak disewakan pada hari Ahad ini.


7. Mungkin dalam masa terdekat ni jugak nak beli bola bowling kat Medan. So perbelanjaan untuk itu diasingkan juga, kalau wa tak "short" ar...


8. Setting tarikh untuk beli tiket pulang ke Malaysia pada bulan Jun, agar dapat ketemu dengan "FF" pada waktu yang singkat ya amat itu di Lembah Klang.


9. Idea dah takde.


10. Save post.


11. Publish post.


12. Logout blog.


13. Tidur.


xaaax

Tuesday, April 13, 2010

manusia itu tidak sempurna...

Penantian selama 5 tahun setengah untuk menjadi seorang doktor perubatan, wa sabar...






Penantian lagi 15 tahun++ untuk menjadi seorang doktor pakar bedah yang berjaya, wa sabar...






Tak dapat jodoh sampai jadi bujang terlajak, wa sabar dan tabah...






Orang cakap benda buruk atau fitnah belakang wa, walaupun selama 1 minit, wa tak sabar...



xaaax

Wednesday, April 7, 2010

lagi-lagi peristiwa gempa bumi di kepulauan Sumatera

Rabu 7 April 2010, 5.00 am WIB...



"Weh Murali(roommate) tidur jangan la lasak-lasak sangat sampai katil wa bergoyang... Rilek-rilek sudah la tidur... Wa pun nak tidur jugak..."





"Weh bangun! Bangun! Gempa bumi!!! Keluar rumah sekarang!!!"




"Eh haah la!!! Mana spek wa?!! Mana hape(henpon bagi bahasa Indonesia) wa?!!



"Ok check member masing-masing sapa yang takde!!!"



"Ok semua ada..."



"zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz"






nota kaki: dialog yang terakhir tu wa tidur tercangkung tepi jalan...

xaaax

Tuesday, April 6, 2010

THIS IS HARDCORE....part 1







Layan gambar-gambar gore time tengah tensen ni pun cara jugak...


Agak-agak la kan, ada selera tak kalau lu makan peha ayam KFC hot n' spicy sambil bukak blog wa ni? Ada berani??


xaaax

Thursday, April 1, 2010

Al-Fatihah...





Mior Ahmad Fuad Mior Badri AKA Din Beramboi, seorang pelawak terkemuka di Malaysia yang sering membuatkan kita gelak ketawa. Kini, gelak ketawa tersebut tinggal menjadi kenangan...


Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...


xaaax