Thursday, January 20, 2011

bukan 1, tidak juga 2, malah 3, apatah lagi 4, tetapi 5...

Memandangkan gua sekarang ni tengah menganggur kat rumah gua kat Medan ni sementara nak tunggu naik kuliah, gua memang tengah bosan. Nak tulis blog pun macam takde mood je kan. Memandangkan si mariamjagakambing tag gua lagi sekali, gua pun layankan rentak hip hop dia lah. Gua pun takde la layan sangat sebenarnya benda-benda haramzaidah tag-tag ni. Tapi tag kali ni macam agak tertarik minat gua.

Macam biasa tag kali ni bukan mengenai mak cik jual ikan kat pasar apatah lagi mengenai pak cik tukang mesin rumput. Tetapi mengenai 5 perkara yang gua idam-idamkan mengalahkan perempuan tengah sarat mengandung 8 bulan suku mengidam nak makan nangka. Malangnya hal ni gua takkan dapat sampai lebam. Gua menangis sampai keluar air mata cendol pun jangan nak mimpi la kan.




#5...




...Crew Jackass...

Gua betul-betul teringin sangat nak jadi crew Jackass. Masing-masing berjiwa kental, true, gila babi, berani mati. Tapi yela diorang ni mana la pandang gua kan. Gua ni sapa la kan nak jadi crew Jackass. Mana taknya kalau sejuta orang kat dunia ni nak join krew Jackass, kalau buat odisyen konfem-konfem raking gua antara yang paling belakang sekali kan. Haih...





#4...




...Pilot kapal terbang...

Sebenarnya cita-cita gua sejak dari zaman sekolah menengah lagi gua memang nak jadi pilot. Sememangnya pilot ini merupakan satu profesi yang sangat gila cool. Satu benda yang syok mengenai pilot ni lu boleh travel satu dunia tanpa bayar tiket flight. Malah lu sendiri yang kasi terbang benda alah kapal terbang ni. Tapi apakan daya, rabun mata gua mencanak tinggi. sejak zaman kanak-kanak lagi gua dah pakai spek. Maka dengan itu, profesi pilot hanya tinggal jadi kenangan...






#3...




...vespa yang ada bazooka...

Vespa yang ada bazooka ni dah tak keluarkan dah. kalau ada pun setakat jadi bahan pameran kat muzium vespa kat Itali. Kalau gua ada satu, memang takkan berani punya motor ke kereta ke yang suka-suka diorang je nak himpit gua punya vespa semata-mata vespa gua memang stail. Yela mana taknya tak sampai setahun pun gua pakai vespa ramai betul yang iri hati tengok gua pakai vespa.






#2...




...Bill Gates...

Ok yang ini lain pulak kes dia. Kalau gua nak jadi Bill gates, takkan Bill Gates nak jadi gua pulak. Ye tak?







#1...




...Marion Counter...

Gua ingat si dia dengan tauke Naza Motor cuma gosip panas je. Jadi gua baru ingat lepas habis belajar nanti gua nak pinang dia. Tetapi sangkaan gua meleset. Hati gua betul-betul berkecai lepas tengok gambar ni...







Dengan hati yang terguris lagi luka, gua dengan dukacitanya menge-tag Fayadh, Rizqi, Amanda, O'on, Ida.



xaaax

3 comments:

  1. AJIIIIBBBBB
    waaaaah thanks sebab bagi feedback!
    aku sukaaaaapost kau niiii :DDD
    dayuuummmm yang 1st tu aku sukaaa hahaha nasib kau la labuuuu
    eh jap kalau kau jadi pilot kan, tak best tak best, bia jadi doctor sebab aku belum pernah jumpa doctor gerek cam kauuuu yeeha

    ReplyDelete
  2. betul jugak cakap ko kan. tp kan klu jadi pilot, boleh la aku jadi pilot yang terlampau. kalau pramugara ada klua "movie" kehidupan seorang pramugara yg terlampau, apatah lagi pilot kan. ye tak?? :P

    xaaax

    ReplyDelete
  3. kretif gak mnde2 y kaw maw, ajib.

    tp btl ckp yam, kaw jd doc pn lg best ak rse :D

    ReplyDelete