Sunday, September 26, 2010

bajuraya-tahapakejadahguataktau-contest

Disebabkan dah lama gua tak update blog gua ni, kena pulak gua tengah takde bahan nak tulis (disebabkan terlampau sibuk sangat ye teman-teman dengan persiapan exam yang mendatang), bukak-bukan je blog orang tengok Cut Kiki dah tag gua kat post dia pasal baju raya contest. Gua bab-bab tag ni takdelah in-to sangat. Ni pun pasal saja nak penuhkan entry blog gua. Menurut entry blog minah senget ni, gambar yang gua pakai baju raya ni mestilah disertakan butir-butir maklumat mengenai gambar tersebut seperti tempat foto di-snap, orang di sekeliling gua waktu gua amek gambar tersebut, dan juga waktu bila di-snap.






Gua pilih gambar ni pun pasal ni lah satu-satunya gambar gua pakai baju raya dari paras kepala hingga paras perut. Bawah paras perut takde. Macam biasa la sebagai orang Johor, teluk belanga menjadi pilihan gua sejak dari kecik sampai sekarang. Kena pulak tema raya kali ni kaler biru. Gua pun tak tau sebenarnya yang gua ada baju raya. Yela balik-balik je dari Medan tengok mak gua bagi baju raya. Gua pun sauk jela tanpa ragu-ragu. Kang kalau banyak bunyik mak gua pulak sauk kepala gua. Kalau bos gua pulak banyak tanya toksah cerita la. Lagi makan dalam kot...


tempat: No 3 Jalan Bakawali 33, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
siapa yang ada di sekeliling: semua ada...
waktu: raya pertama la choi... raya kedua dan seterusnya gua sarung t-shirt band je



Dah habis tu, kena tag sapa-sapa la pulak yang ada blog. Dan macam biasa la gua pun akan tag insan-insan yang peratusannya agak tinggi la yang insan-insan tersebut akan buat dek je dengan benda alah ni...


1. Jenjibam
2. Delina
3. O'on
4. Aiman


Gua sendiri boleh jamin la yang insan-insan malang yang di-tag ini tak akan layan. Kalau layan pun macam nak tak nak je. kehkehkeh



xaaax

2 comments:

  1. pilihan gambar yang bijak sbb aqil comel betol kat situ! kalau org tgk, org bukan tgk ko. org tgk dia! :P

    ReplyDelete
  2. nk buat mcm mne. klu anak buah comel kne tgk ucu dia dlu mcm mne. kehkehkeh

    xaaax

    ReplyDelete