Monday, January 11, 2010

WARGHHH!!! NGAUMMM!!!

Jika anda seorang yang bijak bestari bak Perodua Kancil, binatang apakah yang sejibik bunyinya dengan tajuk entry kali ini? Adakah:


a. babun?

b. tenggiling?

c. kuda laut?

d. singa?


Jika jawapan yang diberikan adalah A,B maupun C, maka kepala hotak seseorang yang memberikan jawapan sedemikian berkemungkinan besar mempunyai ketumbuhan tahap kronik sebesar tin sardin. Budak tadika pun tau jawapannya, iaitu D(singa).



Jadi apa kena mengena singa dengan entry kali ini? Entry kali ini wa akan cerita mengenai trip 1 hari wa ke Singapura. Yang sebetulnya wa takde plan pun nak follow budak-budak ni pergi trip ni sebab diorang bawak ke tempat-tempat yang standard budak sekolah rendah punya tempat melawat. Kena pulak rombongan dengan budak-budak UTM Skudai. Manalah wa kenal kan budak-budak sana. Kalau kenal pun berapa kerat je kot. Ini pun pasal orang luar boleh join, Apek(bukan nama sebenar),member sekolah menengah wa ajaklah tapai(bukan nama sebenar) dan mangkok ni pulak ajaklah wa. Begitulah kisahnya pada mukadimah trip ni...

Wa dan Tapai di'roger'kan oleh Apek supaya berkumpul kat UTM Skudai tepat jam 6.30 kerana dikhabarkan bas bertolak jam 6.30 am. Takut tak sempat sampai UTM tepat jam 6.30, wa pun tidur la rumah tapai pada malam sebelumnya kat Senai. Kitorang pun sampai la tepat jam 6.30 am, sampai-sampai je berapa kerat sangat ar budak-budak yang ada kat situ. Wa pun jangka takde la ramai sangat budak-budak UTM ikut. Lebih kurang 10 kemudian, sangkaan wa meleset. Sekali ramai budak-budak yg ikut serta mengalahkan UMNO buat perhimpunan kat PWTC la sial. Chicks-chicks yang hot-hot belaka pun tidak kurang ramai juga. Maka, seperti biasa aktiviti cuci mata sememangnya tak terlepaslah...






















































xaaax

1 comment: