Tuesday, January 5, 2010

dua ribu...err...spuloh...???

Ya kawan-kawan, dua ribu sepuluh, yang ada nombor dua kat belah kiri, kosong di bahagian kanan dan tidak lupa juga nombor kosong serta satu yang diapit baik serta kemasa oleh nombor dua dan kosong yang masing-masing di sebelah kiri dan kanan. Maka dengan itu,dalam bentuk nombor tertulislah seperti ini - 2010. Tadaaaa....semudah ABC kan kawan-kawan???


2010, satu tahun yang terciptanya sejarah dalam hidup wa. Untuk pertama kalinya malam tahun baru wa tak lepak kat rumah. Yelah kalau sambutan ala-ala countdown ni wa tak berapa into sangat ar, maklumlah jiwa hardcore dalam diri wa ni masih tak pudar. Jadi wa dah bincang la dengan teman-teman wa dan masing-masing sebulat suara bersetuju bahawa tempat terpilih sebagai tempat wa dan teman-teman yang lain untuk melepakkan diri pada malam new year ialah Restoran Singgah Selalu atau orang-orang kt JB ni menggelarnya SS. Hj Jamil aka bos wa pernah bertanya kepada wa apeke sedap sangat ke makanan kat sana tu sampai selalu sangat lepaka kat sana tak jemu-jemu. Abah dah naik jemu dah tengok tempat tu. Katanya kurang lebih begitulah. Ahhhaaaa sememangnya Hj Jamil ni takkan tau tujuan utama kitorang lepak kat situ. Apa yang yang dia tau wa ngan budak-budak lain lepak kat situ hanya sekadar ngeteh sampil bersembang ala-ala bercerita di kedai kopi bak kata Malique feat. DJ Fuzz. Jika kalian semua yang berkunjung ke Johor Bahru mahu melihat keindahan alam semulajadi, Restoran Singgah Selalu lah jawapan yang paling tepat yang anda cari-cari selama anda berada di JB. Keindahan alam yang wa maksudkan sejak dari awal lagi ialah gadis-gadis yang memiliki rupa paras yang betul-betul menjolok mata anda sendiri. Muka yang ayu, pinggang yang ramping, payu dara yang sedap mata memandang, bontot yang mantap dan puas bagi anda untuk melakukan aktiviti bitch slap, memang satu aset yang lengkap.Fuh bukan sahaja anda kenyang di perut, malah kenyang di mata juga. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air, sambil makan, cuci-cuci mata la sikit. Brrrpppp....alhamdulillah...hehehe.


Pada mulanya, ramai juga teman seperjuangan yang mahu lepak bersama. Akhirnya, insan-insan yang berjaya menghadirkan diri pada pertemuan keramat pada malam countdown itu hanyalah wa sendiri, Hj Joe dan juga Encik Sotong. Itu pun wa yang jadi driver untuk dua ekor badigol ni dengan alasan diorang - kita hidup jangan membazir kerana membazir itu amalan syaiton na'uzubillah. Ah yela la lu cakap jela malas nak driving. Yang lain? Alasan pertama yang wa dengar dari mangkok-mangkok yang tak berjaya untuk menghadirkan diri pada pertemuan malam itu ialah jalan jammed, last-last patah balik tak jadi datang. Wa ada terhidu unsur-unsur penganjingan. Tapi tak mengapa, alasan diterima. Alasan berikutnya daripada individu berikutnya ialah tengok la dulu. Wa pun tak pasti alasan yang dia bagi tu boleh dikatakan alasan ke tidak. Tapi menurut pengalaman wa la kan, kalau orang cakap "tengok la dulu" tu maknanya dia datang pada tahun hijrah yang berikutnya jela. Yang wa tak boleh handle ialah alasan ketiga oleh individu yang hampir-hampir nak join kitorang atau erti kata lain tak join la. Dia lepak dengan "bini" kat area-area situ jugak. Batang hidung pun wa tak nampak. Ah lantak ko la yang penting ko hepi.


Macam biasa orang yang selebret new year ni macam-macam jenis manusia. Ada yang selebret kat situ siap bawak satu family besar. Jadi table pun diorang banyak la kongker sampai wa pusing-pusing satu restoran cari seat punya pasal tak dapat-dapat. Silap-silap boleh buat marathon kejap pada malam new year tu. Ada yang satu group macam pussy cat dolls yang seperti biasa menjadi santapan pemandangan kitorang pada malam itu. Ada juga sekumpulan mak nyah yang masing-masing gaya mengalahkan Erra Fazira. Yang lagi buat wa tak boleh handle sewaktu diorang tengah countdown, konon masing-masing terlompat sana terlompat sini macam rancangan So you think you can dance dah. Ada jugak gaya macam nak menang piala dunia. Wa rasa group kitorang jelah yang duduk situ macam takde pape berlaku. Magic kan?


Pergi satu hal, balik lagi dua hal. Hal pertama, jalan jammed. Hal kedua, badol-badol yang menumpang kereta wa mula la menganjing wa sampai jalan dah tak jammed. Kenapa diorang menganjing wa jammed? Apa kena mengena hidup wa dengan "jammed"? Panjang ceritanya...
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman wa menyambut tahun baru yang wa kongsi kepada kalian semua...


xaaax

3 comments:

  1. hebat dow blog lu...aku twu pe kaitan "jammed" ngn idop ko..."jammed"=jamil=bpk ko=jamu=anak selamat...stuju??

    ReplyDelete
  2. wa tau angkara syaiton mane yg bg komeng ni...

    xaaax

    ReplyDelete
  3. bangang..hak3

    -mangki-

    ReplyDelete