Thursday, June 17, 2010

dah lama saya tak tulis blog...

Exam final semester, kerja melambak, internet indon habis kuota dan macam-macam lagilah sebab wa dah lama tak tulis blog ni. Kalau wa nak cerita satu persatu memang sampai tahap nak tunggu babun bersalin anak kembar siam pun belum tentu la wa punya cerita habis. Dah-dah kita lupakan isu dah lama tak post kat blog ni, kita sambung pulak pasal masalah negara. Wa sendiri pun tak paham ar apa nak jadi dengan Malaysia ni. Politik tu tak payah nak cakap ar, tak habis-habis dengan politik wang, rasuah memangjang. Tak cukup dengan tu, isu Najib Razak pulak luluskan judi piala dunia. Kepala atok dia punya suka-suka je nak luluskan judi piala dunia. Siap cakap judi yang halal lagi tu. Lagi kepala lutut dia la. Tak cukup dengan tu, si Najib Razak ni pulak siap buat hubungan perdagangan dengan Israel si yahudi laknatullah tu. Hishhhhhh makin meyirap pulak wa. Ah pergi mampos ar. Wa pedulik apa. Wa cuma follow apa yang bos wa punya prinsip je, iaitu: "Kita ni melayu jati, bukan melayu UMNO". Wa seratus peratus setuju dengan bos wa punya prinsip. Ah tukar topik lain ar...


Topik kedua pula ialah..... hmmm.... kejap-kejap wa tengah fikir..... hmmm... haaaa!!! Sekarang wa dah cuti semester. Wa rasa cuti semester inilah bakal menjadi cuti semester yang terbaik. Kenapa? Pertama, piala dunia sedang enak-enak berlangsung. Kena pulak final match diadakan sebelum wa habis cuti lagi. Lagilah mantap. Kedua, terlampau banyak sangat plan-plan yang mantap lagi menarik telah dirancang. Silap-silap plan Z pun belum tentu lagi plan yang terakhir. Ketiga, wa secara rasminya telah mendapat lesen memandu sepenuhnya. Takde maknanya wa nak tampal-tampal P kat kereta dengan motor lagi. Keempat, wa cuba nak cipta rekod peribadi dengan membantai cendol paling kurang 5 mangkuk one shot. Wa dulu dah lama dah pasang nawaitu ni, cuma kat Indon cendol dia punya rasa memang "heaven" sampai separuh mangkuk pun belum tentu dapat habiskan. Harap korang faham-faham jelah dengan kata-kta ikhlas yang wa lontarkan. Kelima, wa ada misi mustahil nak diselesaikan. Wa rasa inilah antara misi yang paling mendebarkan lagi mencabar minda yang suci lagi menyucikan bak produk Safi Balqis. Nak tau apa misi dia? Kirim salam la wa nak bagitau kat sini.


Topik ketiga ialah.... wa rasa wa patut berhenti di sini. Bola dah nak mula. Wa nak kena qada' hajat dulu. Itu sahajalah daripada wa setakat ini. Sehingga ketemu lagi pada entry yang akan datang. Selamat berjimba!



xaaax

2 comments: