Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan-part 3(versi merdeka)

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang teramatlah patriotik,seperti tahun-tahun yang sebelum ni wa seperti biasa melakukan aktiviti yang menunjukkan tanda cinta pada negara pada pagi merdeka,iaitu ngorok tak hengat di katil wa yang dah RIP.Tetapi tahun ni aktiviti patriotik yang wa lakukan agak sedikit berlainan dengan tahun-tahun yang sebelumnya.Wa bantai ngorok jugak,bukan di katil tetapi di kerusi pada barisan paling belakang di kelas kuliah fakultas kedokteran wa di Universitas Sumatera Utara.Ada sedikit peningkatan la berbanding yang sebelumnya.Lihatlah,betapa patriotiknya wa.Dari katil bertukar ke kerusi kelas kuliah wa.Sememangnya satu perubahan yang amat drastik lagi membanggakan.Begitulah kaedahnya....






nota kaki:Mana wa tak bantai ngorok,dosen(pensyarah) berbual syok sendiri kat depan,tah satu apa pun wa tak paham.Kena pulak bulan puasa,paham-paham jela...
xaaax

No comments:

Post a Comment